Pages

Friday, October 28

Gosip..mengumpat...mengata...


Pernah tak alami situasi contohnya kita nak masuk bilik dalam bilik tu ada orang yang kita dengar mereka berbual tapi tak jelas...bila kita masuk tiba-tiba semua senyap...dalam hati mesti terdetik "eh diorang ni mengumpat aku ke"....

atau pun semasa kita duduk bersebelahan meja kita ada dua orang sedang berbisik-bisik sambil pandang macam good-good je....otak terus set "ish.. diorang ni tak de keje lain ke mengumpat je....."

atau pun kat tempat kerja mana yang ada kaki kipas atau kaki aircond mesti sampaikan yang buruk-buruk tentang kita pada ketua kita atau rakan sekerja...

situasi diatas hanyalah sebahagian sahaja.Mungkin banyak lagi.Bila orang mengata atau mengumpat atau bergosip tentang kita mestilah kita sakit hati kan...betul tak.sebab orang yang mengata tu belum tentu yakin apa yang didengar dan disampaikan tu khabar angin atau cerita sebenar.Tak selidik tak tanya pada tuan badan dah bawa cerita.Kalau betul pun tak perlulah jadi radio bergerak atau internet bergerak sampaikan cerita.Cerita yang asal dari ringan bertambah-tambah berat sebab dah di tokok tambah.

Kita sakit hati bila orang mengumpat kita tapi bila kita mengumpat orang seronok je kan..hehehe

Ketiga-tiga ni adalah perbuatan yang membawa maksud hampir sama.Mengikut kamus dewan bahasa ia membawa maksud :

Gosip 

cakap-cakap yg mengisahkan khabar-khabar atau hal-hal yg buruk atau umpatan tentang orang lain; bergosip berbicara atau berdesas-desus tentang keburukan (kejelekan) seseorang, mengumpat: 


Mengumpat 

1 menceritakan hal yg buruk-buruk atau mencela orang lain (di belakang); mengata-ngatai. 2 memarahi atau mengutuk orang kerana berlaku sesuatu yg tidak baik kpd kita. 

Mengata 

1. mengucapkan kata-kata; jangan kata lagi a) tidak usah disebut lagi; b) sudah diketahui umum; 2. bercakap buruk tentang seseorang.

Kalau dah maksud nya hampir sama dan semuanya membawa maksud perbuatan yang tak baik jadi kurangkanlah amalan bergosip,mengumpat dan mengata.Semua orang pernah buat salah jadi kalau kita tak nak orang mengata tentang kita maka kita pun jangan lah mengata orang juga.Dosa bertambah pahala berkurang.



Saya juga mengingatkan diri sendiri sebab bila jadi macam ni apa yang saya buat.....

pekakkan telinga 
butakan mata
bisukan kata-kata
dan
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^

^
^
^
buat tak tau je la lantak la nak ngata pun korang yang dapat dosa...wekkk 



tapi kalau benda tak betul cari orang tu sampai dapat jumpe kat simpang ...kita rempittt........
ok tu bukan saya sebab saya tak tau merempit.Kalau benda yang disampaikan tu tak betul berdiplomasilah...jumpe dan slow talk...masuklah dalam bilik supaya tak didengari orang lain dan cuba selesaikan dengan baik.kbai.

Sekian.


p/s lama tak update busy penat bekerja..fuhhh..




Tuesday, October 25

berbulu tengok video lagu nih....






merosakkan lagu je...tapi lawak jugak dengar....
apa la reaksi najwa latif dengar lagu nih....berbulu la kot miahahah...
lirik lagu penuh dengan bulu je memanjang...


p/s hatiku rasa berbulu dengar lagu ni..


Monday, October 24

Nak mata cantik?...


Hari ni hari isnin...mesti ada yang malas-malas nak pergi kerja kan almaklong la (pinjam ayat die nih) semalam kan cuti ala-ala monday blues la tu....so pagi ni jom segar-segarkan mata untuk dapatkan mata yang cantik bling bling wink* wink*

caranya;

sila lihat gambar di bawah ni. 

tataplah selama mana yang boleh 

agak-agak bulatan mana yang paling laju.






macam mana da segar ke mata...hehe

kbai saya nak tido penat keje malam tadi


sekian.


Sunday, October 23

Terimalah seadanya

Assalammualaikum.

Hai awak....awak da baca entry saya hari tu...kalau da baca baguslah...tapi kalau awak tak baca lagi meh sini baca. Saya tau awak busy kan tak ada masa. Banyak kerja. Tapi baca tau kalau tak, saya tak nak kawan lagi..merajuk



Awak...saya cuma nak kongsi sikit dengan awak pasal diri saya.Walaupun awak dah tau tapi saya saja nak bagi tau sebab awak pelupa.Makan lagi semut kan saya da cakap jangan makan semut.miahahah.

Saya da cuba buat kuih kegemaran awak.Tapi walaupun tak berapa nak jadi tapi saya berusaha nak buat jugak tau.Sedap jugak..erkkk perasan jeh saya kan. Tapi siyes sedap tau.Habis kuih tu sebab saya yang makan...saya yang makan...saya yang makan...hehe.Tak la saya bagi jiran dan yang lain-lain adik saya makan.Sebenarnya saya nak cakap walaupun saya pandai masak tapi saya tak dapat menandingi kesedapan masakan mak/umi/mama/ibu awak.Jadi tolong jangan komen banyak-banyak.Saya akan improvekan diri saya dari masa ke semasa ok.

orang lelaki kan awak nak cari couple mesti nak cantik-cantik je kan ingat die tu ensem sangat ke.Saya tau bukan semua...nape awak panas hati ke ?? hehe padan muka sape suh terasa.saya tak kisah asalkan awak ohsem bagi saya.ohsem tu pun ade la ciri-cirinya. Tapi kan awak apa yang saya nak cakap sebenarnya walaupun muka saya macam siti nurhaliza eh...silap.Perasan lagi saya.Walaupun saya biasa-biasa je tapi saya harap awak terima sebab kan awak cantik tu subjektif.Dah terbukti ada perempuan cantik dapat lelaki biasa jek atau sebaliknya.


Saya rase cukupla tu asik nak cite kelemahan saya je...awak ingat saya tak ada kelebihan ke.Tak kan nak cite sume kan.Allah tu dah jadikan hambaNya sebaik-baik kejadian.Ada kelemahan ada kelebihan.

Awak nak tau saya pun bole buat ape yang lelaki buat tau.Saya boleh panjat pokok,menebas,mencangkul,tukar lampu syiling dan yang terbaru saya betulkan mesin....Silap-silap awak pun tak leh buat semua nih.Hahaha saya tipu je yang mesin tu.wink wink^^

Sebenarnya saya nak awak tau je setiap kita ni ada kelebihan dan kekurangan.Terimalah seadanya.Mana yang boleh diubah kita perbaiki.Manusia ni tak perfect.Yang ni saya hanya bagi contoh je.No heart feeling okeh.







p/s Menerima cinta bukan hanya bersandar pada rupa paras mahupun pada harta benda
sebaiknya belajar menerima kekurangan dan keburukan yang ada pada pasangan
kerana disebaliknya ada kelebihan yang kita tak tahu pada pasangan kita...

cinta itu tak buta tapi manusia yang buta hati menilai cinta.

Thursday, October 20

Malam jumaat


Psstt...psstt malam ni malam jumaat ....malam jumaat buat ape ye selalu?? hah... ni mesti fikir benda lain ni.Kantoi.Sila jangan kuningkan otak masing-masing ye...nak tanya awak-awak ni...yela awak yang tengah bace ni da baca yassin ke tadi.

Kan malam jumaat ni kita digalakkan baca yassin.Sebenarnya tak kisah la nak baca surah ape sekali pun sebab yassin tak semestinya wajib dibaca pada malam jumaat.Tapi at least kita baca, yassin juga sebahagian dari surah dalam Al-Quran.

Nak baca hari-hari tak terbuat kan...tapi kalau dapat buat baguslah.Daripada dok depan laptop mengadap Fb je...tak pun update blog tak sudah-sudah kan baik bace bukan lama pun sekejap je....hehe jangan mara ye.wink wink ^^


p/s  mengingatkan diri sendiri jugak.



Awak...nanti bila jadi suami saya...

Assalammualaikum.

Hai awak.Ape kabar.Awak sihat ker.Saya harap awak sentiasa sihat sebab saya selalu doakan awak sihat tau.Awak tengah buat ape tu?. Mesti tengah tengok gambar saya yang kiut miut tu kan heheh...malu saya awak...yelah kita kan jauh ...tak selalu jumpa.

Awak mesti rindu saya, saya pun rindu awak jugak.Tak pe lah awak tatap la puas-puas gambar saya tapi nanti bila dah jadi suami saya awak jangan pulak taknak tengok.Yelah mentang-mentang da duduk sama-sama awak tak nak tengok dah.Jangan lupa simpan gambar saya dalam wallet awak sabab saya pun simpan dalam purse saya tau.

Awak..awak...adik awak kata awak masak sedap macam chef wan.Nanti boleh awk masakkan untuk saya...masak megi pun tak pe..tapi jangan lah masak air je...kecian saya yelah saya keje shif mungkin tak sempat nak masak tuk awak.Tak salah kan kita saling tolong menolong.Saya masak tuk awak, awak pun masak tuk saya.Kerja-kerja rumah pun kita buat sama-sama.yela kalau awak tak tolong saya siapa lagi nak tolong saya betul tak awak.

Oh ye...Mak awak kata kan awak mengaji sedap suara lunak...macam imam muda...walaupun saya tak pernah dengar lagi tapi bila jadi suami saya nanti awak ajar saya ngaji tau awak.Kita ngaji sama-sama.Walaupun saya tahu bace awak betulkan tajwid-tajwid saya mana yang salah.Sembahyang pun kita buat sama-sama berjemaah kan awak sebab buat sorang-sorang tak best.

Awak andai kata saya jatuh sakit awak jaga saya tau...awak janganlah salahkan saya sebab tak tahu jaga diri. Sekarang ni awak slalu tanya saya sihat tak bila awak massage saya.Ambil berat la kan..kan...dah jadi suami saya nanti awak jangan buat tak kisah je...mentang-mentang saya keje kat hospital.

Lagi kan awak...awak tau kan saya tak suka rokok.Awak janji jangan sesekali merokok...beli pun tak boleh tau baik duit tu awak bagi saya je buat belanja hehe...yela awak kan tau rokok tu bahayakan kesihatan...dapat penyakit je saya tak nak jadi janda muda.Lainlah kalau awak nak mati cepat...oppss maafkan saya awak..saya gurau je.

Awak selalu cakap awak sayang saya tiap kali call atau pun massage saya ..nanti bila awak jadi suami saya awak jangan geli pulak nak cakap macam tu...tak de nye buang tebiat orang nak menyampah pun biarlah..

Tarikh-tarikh penting awak jangan lupa tau Anniversary ke besday ke...kalau besday saya awak lupa siaplah awak..yela asik saya je ingat awk je lupa...tula makan semut banyak-banyak lagi heheh.

Last sekali kan awak kalau kita gaduh tak yah la lama-lama tak elok pun...sebab bila kita gaduh syaitan akan menghasut..diorang tu keje nak runtuhkan rumahtangga je.Awak jangan terpengaruh pulak...awak kena lebih sabar kalau awak tak sabar saya merajuk pergi sabah....wink wink ^^

okeh la awak ini sahaja buat masa sekarang ni...saya harap awak tak kecik hati tau kalau ada terkasar bahasa tersilap bicara.babai awak.







p/s hahaha geli pulak baca entry sendiri tapi cinta sebelum dan selepas kawin selalunya berubah nape ek...
"awak" dlm ni....heheh sapelah gerangan nye.



Monday, October 17

Senyum tak perlu kata apa-apa

Assalammualaikum semua,


Nak tanya hari ni berapa kali korang senyum? tak terkira...bagus...bagus.Bermakna korang semua adalah seorang yang manis.Kanapa manis...mestilah sebab senyum tu kan manis mana ade senyum masam,senyum masin kecuali senyum kambing tapi jangan senyum sinis tu tak ikhlas buat orang meyampah.


Tahu tak bila korang senyum, hanya 17 otot muka digunakan berbanding 43 otot muka yang digerakkan ketika mengerutkan dahi.Ini adalah fakta.Jauh bezanya kan....so kalau nak awet muda silalah senyum setiap hari.Tapi ingat senyum haruslah bertempat...agak-agak kawan dok cerita sedih pastu korang senyum-senyum macam kerang busuk memang ada yang makan selipar saiz lapan jawabnya.


hehe....jom nyanyi lagu ni,



kacak luar kacak dalam
kacak dengar sini 
kalau saya senyum awak mesti senyum skali
kalau kita senyum semua orang berjangkit
bila semua orang senyum dunia tiada penyakit (",)
senyum tak perlu kata apa-apa



Senyum adalah penyembuh kerana senyum dapat mengaktifkan sel-sel darah putih yang bertindak sebagai antibodi untuk melawat penyakit seperti bait lagu kat atas ni yang saya highlightkan.


Senyum juga merupakan bahasa tubuh bila kita senyum pada orang yang tak dikenali orang itu juga akan senyum balik pada kita.Tak rugi pun senyum tak keluar duit walau seposen nye pun adoihainye...hehe.Bukan ke senyum itu amalan mulia lagi berpahala....senyum itukan sedekah.


Senyum adalah jalan paling mudah untuk kita menyatakan perasaan dan hasrat hati.Contohnya kalau bakal suami korang masuk meminang...pastu bapa korang tanya macammana...mestilah korang akan senyum dulu kan, tak percaya??..ala korang bace ni pun mesti tengah senyum kan..kan..kan.tak kan nak terus cakap SETUJU bah.nampak sangatlah gatal nak kawin.Kata orang tua-tua...orang muda tak cakap ye orang muda ikut je hehe...kalau senyum dan diam tu tanda setuju.

Jadi senyum la selalu tanpa dipaksa atau berpura-pura.Senyumlah dengan seikhlas hati supaya kita disayangi.



p/s kadang-kadang bangun tido 
tgk cermin senyum pada diri sendiri




Saturday, October 15

Merawat demam biasa.

Rasenya semua pernah demam kan...ada ke yang tak pernah demam.Tak pernah saya jumpe lagi orang yang tak pernah demam ni hebakk nye, kebal antibodi, tabik spring toink...toink...toink...lah.


so, lets share ape itu demam?

Demam adalah dimana suhu badan kita meningkat hasil tindakbalas badan terhadap sebarang jangkitan dan disebabkan penyakit-penyakit lain.Sekiranya suhu badan melebihi 37°C, anda adalah disahkan demam.

kalau mandi air panas, minum air panas lepas tu check tu tak dikira demam ye...ini salah satu trick jumpe doktor nak mc.dun try this at home.saya tak galakkan okeh...ingat doktor tak tau keh....

Sekiranya demam tu tak teruk sangat pertama sekali duduk berehat sambil istigfar banyak kali dan redha bahawa semua ni adalah ujian Allah.Tak kira la bila ditimpa ape pun penyakit atau musibah sentiasa ingat padaNYA.Amboi macam ustazah pilihan pulak....hehehe


Seterusnya


Minum air dengan banyak sekurangnya 2liter untuk mengurangkan haba yang akan keluar melalui air kencing.Tapi ni selalunya malas nak buat kan sebab dah demam tak larat la...loya la...tak selera la...nak baik ke tak...masuk hospital baru tau ...

minum air yang banyak juga sebenarnya dapat menggantikan kehilangan cecair dalam badan dan cegah dehidrasi.Ada yang tanya minum 100 plus boleh ke kurangkan demam?.100 plus tu just minuman isotonik jadi tak ade masalah nak amik atau tak....tapi lebih baik ambil air masak biasa pun da cukup.

Jangan lupa mandi sebab demam bukan alasan tak boleh mandi.

Pakai baju yang longgar dan nipis dan tak perlulah berselimut tebal 77 lapis sebabnya haba tu terperangkap.Ramai yang anggap bila demam berselubung bawah selimut tebal-tebal demam akan kebah.Boleh nak selimut tapi berpada-pada.

Telan panadol atau paracetamol








Petua 

kalau ikut petua petui orang lama bukan orang tua ye...ambil air asam jawa atau air rendaman daun bunga raya tuam pada dahi berulang kali. insyaAllah.

Ingatan
Sekiranya demam berlarutan dan melebihi 38°C serta alami gejala seperti muntah-muntah,sakit badan,pendarahan dan sebagainya jumpalah saya eh salah.... jumpalah doktor yang berdekatan dengan rumah anda.





sekian.

Friday, October 14

Jajan mainan masa kecik-kecik dulu...


Ingat lagi tak Tora datang lagi...dan mainan yang pelik-pelik kat dalamnya...haha gelak guling-guling.

Bila ingat balik lawak pun ade masa kecik dulu gilakan benda ni tapi tak sampai gila lah hehe...bukan apa sebab  nak mainan kat dalamnya....selain tu ada lah beberapa ketul coklat bulat-bulat.

Ding Dang dengan JoJo pun lebih kurang je sama.Sekarang ni dah tak ada kot budak-budak nak cari benda ni...yela dengan lambakan permainan yang ada ermmm pandang sebelah mata je la kot. 






Budak-budak sekarang ni mana nak layan benda ni diorang nak yang canggih, cantik dan ikut trend macam happy meal, watak kartun dari filem yang digabungkan menjadi mainan sebagai daya penarik.
Rugi je budak-budak sekarang tak merasa main mainan pelik Tora ni......(",)
sebab sekarang ni susah nak dapat dah. 



p/s nak cari tapi wujud lagi keh....garu kelapa..

Thursday, October 13

Sabotaj

Tak sangka betul semua ni nak jadi....siapalah yang dengki khianat busuk hati ni....kalau esok-esok jadi kat diri sendiri baru tau rase macam mane.Sedih campur geram je bila tengok tayar kereta dipancitkan.

huwaaaaa..... huwaaa....sob...sob...sob... menangis sekejap....sebab saya tak tahu tukar tayar kereta .....ok tipu je saya tak nangis pun cume perasaan ketika tu geram sambil mulut mula nak menyumpah seranah...sabar...sabar ye khairunnisa....

patut la bawa macam tak sedap je bila tengok halamak!!! siapa punya angkara ni membuat onar umpama baling batu sorok tangan dibelakang.kalau gentle meh la jumpe kat simpang...erkkk macam berani-berani je statement.

tak pe la saya harap orang yang buat jahat kat kereta saya ni biarlah tuhan je yang balas.Sebab Allah melihat apa yang kamu buat.Dan disebabkan kamu jugak saya kena bagi "duit raya" kat abang apek nih.(",) 








p/s saya tau bawa kete,isi minyak dan bayar kereta.
terernye saye (*_^) sambil mata ke atas tangan di dada

Tuesday, October 11

Nak rambut cantik lepas bangun tidur


Tak ade maknanya kalau da bagun tidur tu sah-sah la rambut jadi tak tentu arah lepas bangun kan.Kalau macam puteri sleeping beauty tu yela tidur statik je tak bangun-bangun lepas kene kiss baru nak jage.Yang sebenarnya posisi tidur kita yang sedikit sebanyak mempengaruhi keadaan rambut kita lepas bangun tidur.Hasilnya rambut jadi la macam mop lantai muahahahah......

Mengiring ke sisi hasilnya sebelah rambut jadi meleper macam lempeng.
Jadi lepas bangun lakukan urutan "mousse" dengan mengembangkan semula pangkal rambut yang meleper bermula dari pangkal rambut.



 Gaya terlentang hasilnya rambut jadi menceracak mengembang akibat geresan dengan bantal.
So, lembapkan rambut dengan  apa sahaja produk pelembap dan biarkannya kering.Atau pun gunakan pengering rambut dengan menghalakan muncungnya ke bawah..... 


Tidur posisi tak tentu arah hasilnya rambut juga jadi tak tentu arah, berkecamuk, berserabut dan bersimpul.
Oleh itu, sikat je lah rambut tu ke belakang dan ikat.Tapi tak digalakkan melurut rambut dengan menggunakan tangan sebab kita tak tau pun tangan tu bersih ke tak mana tau masa tidur pegang sana pegang sini.Ye dak.....



p/s orang botak tak payah nak risau.....


Sunday, October 9

hari ini...


Pagi yang sangat indah hari ini sambil-sambil menyidai kain jemuran
terlihat sekumpulan awan yang sangat la cantik macam pagi hari raya....
bukan awan nanonanonanonano.....
errkkk ape kah motif.Lepas tu terfikir hari ni berapa hari bulan....

9.10.11

cantik tak nombor tu?


awan cintaku..


Hadiah apa yang sesuai untuk lelaki?


Pening kelapa tak bila memikirkan hadiah ape yang sesuai nak bagi pada adik lelaki,abang,boyfriend atau tunang atau suami atau pun bapa???.Bila tiba hari istimewa mereka tak kiralah ulangtahun kelahiran mahu pun anniversary mesti kita nak hadiahkan sesuatu sebagai tanda sayang pada mereka-mereka ni....oh bertuahnye kamu LELAKI!!

So apa nak bagi pada mereka ni?

Jam tangan ...jam pun mahal tau, tak kan nak bagi kereta sejibik!!!bagi kereta mainan buleh ler tapi saya akan bagi ikut bajet  (^_*).Pada saya jam tangan da sinomin dengan mereka ni.Saya tak pakai jam tangan pun tak pe sebab saya pakai jam gantung hihihi.

Wallet...supaya mereka boleh isi duit dengan banyaknye dan belanja kite...miahahahha

Baju...yang ni kene tau saiz, kalau tak sia-sia je diorang tak pakai sebab tak muat kecik la.. besar la..pendek la...labuh la...

Tafsir Al-Quran atau lebih afdal Al-quran atau buku-buku agama...bukan nak perli tapi sama-sama akan dapat manfaatnya sebab kita yang memberi dapat pahala yang menerima jugak akan dapat pahala.Sama-sama mengingatkan tak salah kan...

Belanja makan...lelaki memang suka makan siapa setuju sila angkat tangan gaya usop wilcha heheheh....tapi kalau masakkan yang special untuk mereka itu lebih baik.Kalau yang bersuami mungkin sangat sesuai sebab orang kata nak tawan hati suami melalui masakan....betul tak?

i Pad @ i Pod @ i Phone @ iRon...wah kalau dapat salah satu daripada ni best tak...best tak....nak-nak yang last tu iRon a.k.a sterika..muahahahah




P/s Bapa saya kata hadiah tak penting
yang penting kita ingat dan selalu berdoa
tapi kalau nak bagi ape salahnye. (^_^)

Friday, October 7

Sana sini budget.....


Buka facebook cite pasal budget.... buka blog cite pasal budget lagi....dapat massage pasal budget lagi dan lagi....budget sana sini...harusla kan!!! PM kan buat pembentangan budget 2012 hari nih....yang pasti macam2 reaksi ade.Yang rasa ok syukur Alhamdulillah...yelah hidup kene tau ape tu SYUKUR.Yang rasa tak ok tu maybe tak reti bersyukur kot miahahahah.... of kos la bukan senang kita nak puaskan hati semua orang.Tunggu korang jadi PM nanti budget la suke hati korang kan..kan..kan..sebab ade yang rase bajet ni tuk PRU 13 nanti ...ok saye tak nak cakap pasal politik sebab tak sampai tahap lagi nak cakap pasal tu...sakit kelapa!!!

 Yang menarik pasal budget 2012 ni antaranya:

  • Bagi penjawat awam of kos la kan golongan yang diutamakan heheheh..... dapat BONUS setengah bulan gaji je dan kenaikan gred gaji....
  • sistem saraan baru perkhidmatan awam menggantikan sistem saraan malaysia
  • Bagi pencarum KWSP kenaikan 13% caruman majikan
  • Yuran persekolahan dimansuhkan
  • Umur persaraan wajib dinaikkan 60tahun....buleh lagi ke keje
  • Warga emas berumur 60 tahun dikecualikan caj daftar pesakit luar

Tuesday, October 4

Apa nak jadi ni....haiwan pun sayang anak!!!



Ya Allah sedihnye tengok bayi ni baru je nak melihat dunia dah diperlakukan sebegini kejam oleh ibunya sendiri.Di campak dalam longkang...dengan masih bertali pusat....ingat sampah ke...tergamaknye buang anak sendiri kucing pun tak pernah buang anak beliau tau!!! 

meh bace sini ramai-ramai, speechless la tak tau nak kata ape lagi....Astagfirullah....minta dijauhkan benda ni terjadi pada keluargaku...


Monday, October 3

Sebijik epal sehari



Epal adalah contoh buah-buahan yang berkhasiat tinggi.Mudah di dapati dan harga pun berpatutan, tidak hairan lah epal dijadikan sajian pencuci mulut kerana segala vitamin yang terkandung di dalamnya diperlukan oleh tubuh badan kita.
khasiat yang terdapat dalam epal:-

  • Vitamin
Mengandungi serat yang tinggi dan antioksidan seperti flavonoid, betakarotena dan fitokimia.Selain itu, ia juga mengandungi vitamin C, vitamin A dan vitamin B kompleks.

  • Antioksidan
Kandungan agen antioksidan yg terdapat dalam epal mampu menentang radikal bebas serta dapat
melambatkan proses penuaan yang menyebabkan kulit wajah cepat berkedut.Ia juga memperbaiki
tekstur kulit wajah dengan memperbaharui sel-sel kulit dengan segera.Sebiji epal juga dapat melembapkan kulit yg kering.Jadi pada yang nak kulit cantik tak berkedut-kedut silalah amalkan makan epal.

  • Membantu mencegah penyakit 
Bahan kimia (fitokimia) yang dijumpai dalam epal membantu menghalang salur darah daripada tersumbat, penting untuk menghalang sakit jantung.

  •  Mengawal berat badan
Bagi yang concern tentang berat badan, Epal yang mengandungi kandungan serat dan kalori yang tinggi penting dalam membantu proses mengawal berat badan. Ini kerana serat yang terkandung di dalamnya dapat melambatkan kita dari berasa lapar.Malah membekalkan kalori untuk memberikan kita tenaga.

Berita baik!! kandungan kolestrol serta lemak tidak terdapat dalam epal. So, sesiapa yang hendak berdiet,epal sesuai menjadi snek terbaik untuk mengalas perut dan juga membantu menguruskan badan

ADA YANG PENTING!!! jgn biarkan epal terdedah lama selepas dipotong kerana ia boleh menyebabkan antioksidan mudah terbebas ke udara sebaik sahaja epal dipotong.




p/s sebenarnya tengah makan epal ni jemput sekali.....

suke epal merah...epal hijau kureng sebab masam...


Sunday, October 2

Jom!! main basikal...


Last yang aku ingat main basikal masa darjah 5 kot ......lame tu, tah bole tah tidak ni nak kayuh basikal kalau tak reti kang malu je.....pi main basikal 3 roda...hikhikhik
Anyway semalam member ajak pergi Taman Pertanian Bukit Cahaya Shah Alam berbasikal sambil2 melihat Flora dan Fauna cewahhh!!

Memandangkan hari sabtu maka ramailah manusia yang datang so, kene tunggu basikal berjam2 ikut Q....Finally nak dekat tengahari time matahari da tinggi baru le dapat basikal.Tapi disebabkan tujuan utama nak main basikal tak kira tunggu jugak...

Mencabar betul berbasikal dalam HUTAN ni la....naik bukit turun bukit...tapi bila naik bukit pancit da ....tolak je la basikal....bukan aku yang naik basikal...basikal yang naik aku...erkkk!!!! penat kot....tapi bagus sebab keluar peluh...




Ni nak masuk Taman haiwan tapi bukan Zoo. Haiwan yang ade pun Burung yang tak pernah muda a.k.a Burung Kakak Tua,Kuda,Monyet,Babun,Landak tu pun nasib kalau beliau melintas ler.....Kalau masuk dalam lagi boleh jumpe Rumah Negeri2....tapi tak dapat nak masuk dalam lagi sebab da tak larat.Sebelum tu masuk Taman Buah-buahan tu je pun da 1.5km nak masuk dengan berbasikal turun naik bukit.....adoi tak larat da....mau pengsan....!!! Almaklong la da lama tak berbasikal nih.


Budak 2 orang ni excited sebab tunggu Burung Kakak Tua ni bercakap...ingatkan bisu sekali die cakap Hello....Apa Kabar....tanjat boboi.....!!!Yang best nye burung ni sangat sopan ok...bagi makan roti beliau makan dengan sopan pegang roti guna kaki die  eh tangan die kot .... tak gelojoh pun.....tak caye????
 meh tengok die makan.



see i told u already





Saturday, October 1

Patah seribu hatiku...



Walau, kau tiada di sini
Ku tetap ingat semua pesanmu
Ku hidup seolah-olah kau masih ada bisikkan kata kepadaku
Bilakah kau akan utuskan surat buatku

Aku terus menunggu tibanya kata cintamu
Patah seribu hatiku
Bila mengenangkan segala yang kita bina bersama
Haruskah ku lupa kerna
Engkau telah pergi…


Biar, pergimu tanpa relamu
Namun hatiku tetap rasa
Kejamnya kau meninggalkan ku
Dengan nota-nota cinta buat kita berdua
Bila kan kubisa menerima ketiadaanmu
Kanku bakar semua hapuskan semua kenangan

Sayang ku mohon padamu segera tinggalkanku
Pergilah kau ke tempat yang kau tuju
Pasti ada hikmah buatmu dan juga buat diriku
0hhh pergilahhh…





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...