Pages

Wednesday, May 16

Hari Guru

Assalammualaikum.

kepada cikgu BM yang tak mengeluh tanda latihan karangan sendiri saya tanpa bayaran
kepada cikgu KH yang bagi kayu baru untuk projek KH FOC ok korang ade?? sebab saya da menjahanamkan kayu saya
kepada cikgu MATH and ADD MATH yang beri tusyen free kat saya
kepada cikgu BIO, KIMIA, dan FIZIK yang tak penah marah saya walaupun eksperimen saya tak terror
kepada ustaz yang hensem...semangat saya nak belajar heheh...
kepada cikgu sejarah yang penah cubit saya sebab tak siap homework
kepada ustazah yang penah denda saya berdiri luar kelas sebab tak bawa buku dan rotan saya sebab tak pergi solat kat surau sekolah ...ermm dah abes waktu sekolah saya blk lah ustajah umah saya dekat je hehehe...amboi menjawab ye...kecepek!!huhuhu sakit tanganku...padan muka aku^^
kepada cikgu goegrafi yang pernah denda saya satu kelas turun naik tangga sebab kelas macam kucing beranak
kepada cikgu BI yang penah marah saya sebab speaking berrabox...haha
kepada cikgu PJ yang suruh bersukan sampai saya maintain slim...hahaha propa je kau jemah...eh betul la tak berubah ok...muahahah..
tak kiralah cikgu mengajar ape tak kiralah cikgu penah denda saya atau menyokong saya...tak lupa juga lecturer saya di uitm dan tutor di kolej jururawat PPUM yang penah tersinggung dengan kenakalan batch saya sampai ada yang menitiskan air mata hanya satu sahaja TERIMA KASIH banyak2. Jasamu dikenang selalu. Kerana anda inilah saya hari ini. SELAMAT HARI GURU.Guru inovatif melonjakkan tranformasi pendidikan negara.

Saturday, May 12

Nurses Day

Assalammualaikum

Hari ni adalah hari Jururawat Sedunia...12/05/12...perlu diingati...sebenarnya hari jururawat disambut pada 12 Mei setiap tahun...maknanya awal 4 hari lah sebelum Hari Guru almaklong lah bulan mei banyak sangat hari nak disambut hari pekerja lagi....Hari Guru lagi kan...jadi Selamat Hari Jururawat kepada diri sendiri dan semua Jururawat seluruh dunia semoga menjadi Jururawat yang berdedikasi wah...gitu...

Sebenarnya hari ni pertama kali pergi menyambut Hari Jururawat peringkat kebangsaan...sebelum ni kerja je kan..so kali ni nak rase sendiri sambutannya macam ne...bertempat di SACC mall dan dirasmikan oleh Ketua Menteri Kesihatan Dato' Sri Liow Tiong Lai...


ni ler saya and the gang...hehe ^^

sebenarnya dulu ramai yang tak tahu atau mungkin xsedar ada hari jururawat sebab biasanya bulan mei, orang akan ingat hari guru je...hurmm kecik hati sikit lah...mungkin sebab kurang pendedahan  kat tv...suratkabar ....tapi sekarang ni rasanya dah berubah, sedikit sebanyak orang mulai tahu kewujudan Hari Jururawat ...jasa dan pengorbanan jururawat bukan lah kami minta disanjung tinggi melangit cukup sekadar empati dan menghargai kerana kami tahu di "sana" nanti ada ganjarannya.Bagi saya jururawat dan guru sama-sama hebat masing-masing ada jasa dan pengorbanannya.tak perlu gaduh2 siapa lebih hebat.tak kira lah ape pun kerjaya semuanya adalah hebat...tapi hari jururawat disambut dulu dari hari guru ahaks...hehe.^^

p/s Ape pun Selamat Hari Jururawat dan Selamat Hari Guru

p/s Doktor tak de hari special pun hurmm kesian...



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...