Pages

Friday, November 18

Menyambut ulangtahun terindah

Assalammualaikum.

hai semua.

Semalam saya tengok rancangan semanis kurma dengan tajuk yang romantis "Ulangtahun Terindah".Tengok tak rancangan ni....tak tengok?? rugi lah...sebab ustazah dengan ustaz ada tip nak kongsi macammana nak sambut ulangtahun bagi yang bergelar suami isteri...tapi yang belum kawin macam saya pun boleh share tips ni....

Saya suka tengok celoteh ustazah yang tak henti-henti mulut die bercakap....teringat pulak rancangan Maharajalawak, kumpulan sepah sampai tiru gaya ustazah....ahh semputt....hahahah lawak betul.tapi bukan rancangan semanis kurma.....diubah "Manisnya kurma ini"...

Selain tengok celoteh ustazah saya suka tengok baju-baju die...sedondon je...kadang-kadang tu dah macam pengantin...ni lah kata orang pasangan suami isteri yang romantik....



Jom kita share antara tip-tip yang diberikan...yang saya ingat lah...hehehe

Ubahsuai rumah

Bila tiba hari istimewa ulangtahun perkhawinan ke hari lahir ke...si isteri rajin-rajin lah kemas rumah.Ubahsuai kedudukan perabot ke....hias bilik tidur luarbiasa sikit ke...mana tahu suami balik kerja penat-penat tu bila tengok rumah cantik je sejuk hati die....daripada die tak ingat hari tu tarikh ulangtahun terus die ingat ye dak....kita kadang suka merajuk kan bila lelaki tak ingat tarikh-tarikh penting ....tapi ape salahnya gunakan cara ni untuk ingatkan si dia.

Bunga/hadiah

Hantar bunga ke tempat kerja suami/isteri untuk beri kejutan atau juga hiasi rumah dengan haruman bungan-bungan untuk beri kesan romantik.Ada lebih bajet jangan lupa berikan hadiah tanda penghargaan,peringatan dan kasih pada pasangan.

Makanan istimewa

Tak kiralah suami atau isteri yang menyediakan makanan istimewa.Masak lain dari yang lain.kalau pening kepala ajak lah pergi dinner diluar di tempat-tempat yang romantik.

Kejutan sesuai ikut kreativiti

Mungkin ada sesetengah isteri yang tak pernah buat sesuatu contohnya sikat rambut atau minyakkan rambut suami ke seperti cerita ustazah pesan nabi pada anakandanya Fatimah minyakkan rambut saidina Ali.

Cuti2 Malaysia

Pergilah cuti-cuti Malaysia...dah macam promote pulak kan....pergi bercuti bersama-sama ala-ala honeymoon la.

Silent handphone

Yang ni contoh kata masa suami isteri yang pergi dinner ke bercuti ke silentkan handphone untuk mengelakkan gangguan mana tahu ade suami yang kerjanya mengalahkan Perdana Menteri handphone asik berbunyi je kan...spoil la...tengah-tengah dinner ada call la massage la....hormat pada pasangan....sebab kita meraikan hari istimewa jadi kalau ada gangguan macam tak best la kan...kan..kan..

Sujud syukur

lakukan sujud syukur tanda kita berterima kasih pada Allah kerana diberikan pasangan yang memahami kita... yang menjaga kita...menyanyangi kita dan berkongsi suka duka.Selain itu bagun tengah malam solat sunat bersama-sama.Kata ustazah suami bangun tengah malam dan mengejutkan isterinya untuk solat sunat bersama-sama atau sebaliknya akan dirahmati Allah.

Doa

Doa yang yang ustazah beri untuk kita kongsi adalah dari

surah ibrahim ayat 38

surah fathir ayat 34

amalkan doa ini untuk mengukuhkan hubungan suami isteri.

Bak kata ustazah

"Anda buat anda dapat"


peace


4 comments:

Pendamba Mawar said...

ustazah fav.yeah..nice tips

RHI said...

akak pun suka juga tengok rancangan ni...maklumlah rancangan rumahtangga...akak paling suka ustazah ni

RinsyaRyc said...

sepatutnya macamni la.. selalu tengok org sambut pakai party segala.. pffttt

Unknown said...

MANISNYEEEEEEEEEEEEEEEEEEEE KURMA INI..hihihi..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...