Pages

Monday, November 28

Jalan-jalan terpijak duri,Kenapa tak kahwin lagi?....Jalan-jalan ke Kuala Linggi, Sebab hantaran kahwin semakin tinggi....ermmm..


Biji durian tersekat kat halkum
Assalammualaikum....


Amboi..amboi..amboi...main guli dengan anak cik tun, kemain lagi berpantun...heheheheh....


Hai semua


Kata orang zaman sekarang ni kalau tak ada 10k jangan mimpilah nak kahwin kan........
betul ke macam tu??....Sebab itu pun dah harga minimun.Mana taknya harga barang sekarang ni semuanya naik tak adenya turun...ape yang turun??...hujan turun ade la....heheh ^^


Sebernarnya nak mendirikan rumah tangga ni yang penting akad nikah tu...kita yang menyulitkan keadaan nak letak harga beribu riban..berjuta jutan kan...tengok bajetlah...kalau berkemampuan tak salah pun. Nak buat wedding of the year yang kos sampai juta-juta lemon tu pun tak ade orang nak halang.Tapi sekali lagi "BUDGET" kena ada.Kena cukup.Berbincang dengan kedua belah pihak secara baik dan tetapkan persetujuan.


Kalau tak jadilah macam ni...aduhai kesiannya....







Agak-agak sampai bila nak cukup 25k macam ni.....siang malam berkerja berhempas pulas tulang empat kerat....Tapi...tapi sayangggggggg...(ala-ala abg saleem nyanyi) hehehe....sekarang ni ramai yang buat personal loan je nak kahwin....mana nak cekau duit kan...


Tapi fikir-fikirkan lah kehidupan lepas kahwin nanti tak pasal-pasal menanggung beban hutang.Hutang yang sedia ade tak habis bayar lagi tambah lagi hutang baru.


Bersedarhana cukuplah....itu yang penting.


peace ^^





p/s tengah pening kelapa ni nak letak harga hantaran
letak mahal sangatlambat kahwin la jawabnya



7 comments:

Yatie Awang said...

nak buat majlis tu tak salah asalkan bersederhana

gedek! said...

uncle masa kawin serba kekurangan....

huhu

Anonymous said...

sy nk wat akad nkah dah...save bajet....asalkn nkah dah ler..heheh

khaifaiz said...

lelaki paling kurang kena ada 20k... OMG

KaK LimAh Si SupiR said...

kaklimah rase nk letak murah2 j :P

Bro Ahmad said...

bukan dengan duit beli kebahgiaan.. tapi penting untuk hidup

Dunia Realiti a.k.a Elih said...

kdg2 ada keluarga yg demand sgt...akhirnya, anak2 yg sengsara dan tak kahwin2 lagi...hujung2 berpisah! duit bukan segalanya...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...