Pages

Showing posts with label health. Show all posts
Showing posts with label health. Show all posts

Tuesday, January 31

Pap Smear langkah awal mencegah kanser servik

Assalammualaikum

Apa khabar semua

Pernah dengar apa itu Pap Smear?.mungkin ramai yang dah tahu kan sebab sekarang ni informasi mudah didapati hanya di hujung jari....tapi saya just share pada yang tidak tahu....

Secara ringkas Pap Smear adalah prosedur atau test untuk mengenalpasti perubahan pada serviks.....perhatian ye kaum wanita...orang lelaki sila baca je tuk tambah ilmu nak tahu ape tu serviks sila google.... : P

..........alorr senang cite pangkal rahim lah......

Kenapa ia dilakukan?
kanser serviks adalah pembunuh nombor 2 selepas kanser payudara dikalangan kaum wanita.

Siapa yang perlu melakukan ujian pap smear?
-dalam 3 tahun pertama bagi wanita yang telah melakukan hubungan kelamin atau SI (sexual intercouse) bermula umur 21 tahun.
-kemudian ujian dilakukan setiap 1-2 tahun
-ujian dilakukan setiap 2-3 tahun bagi wanita berumur 30-an sekiranya ujian terdahulu adalah normal
-ujian dilakukan setiap tahun sekiranya mempunyai faktor risiko seperti jangkitan human papilomavirus (HPV).
-atau anda boleh berjumpa dengan pakar sakit puan dan dapatkan lebih jelas bila harus melakukan ujian dan kekerapan ujian dilakukan.

Bagaimana ujian ini dilakukan?
-sebelum datang untuk melakukan ujian dinasihatkan tidak melakukan SI.
-sekiranya datang bulan buat appointment baru
-semasa ujian dilakukan anda dikehendaki berbaring dengan kaki dibukakan sedikit sama seperti posisi hendak bersalin.
-kemudian doktor akan memasukan alat yang dipanggil speculum ke vagina.ketika ini anda mungkin berasa sedikit tidak selesa.saya nasihatkan rilek dan jangan teran,mengeras atau melawan kerana akan lebih sakit sekiranya anda berbuat demikian.
-speculum tadi akan dibuka atau diregang sedikit dan sampel akan di ambil.
-setelah sampel diambil speculum akan dikeluarkan.
-sampel akan diletakkan diatas sekeping slide kaca dan dihantar ke makmal.

mudah kan...hanya beberapa minit sahaja....sakit?? sikitlah....macam kena gigit semut kot...ngeh..ngeh..
jangan lupa dapatkan keputusan ujian dan jumpa pakar anda.

tulis sikit: sumber info dari majalah Health Today....nak tambah pengetahuan tentang kesihatan boleh rajin2 baca majalah ni.

peace.



Thursday, November 17

Tangan bebas kuman dengan 7 langkah



Assalammualaikum dan selamat sejahtera.

Hai semua tengah buat ape...dah makan?...sebelum makan da basuh tangan ke?...yela tadi keluar toilet kan ntah-ntah lupe basuh tangan....iyerrkk...sedap makan tangan tak basuh..huhuhu...
Rasa-rasa kalau lah mata kita ni macam microskop boleh nampak semua makhluk-makhluk halus ni mesti kite geli kan........
silap haribulan tiap-tiap jam basuh tangan.Makhluk halus yang dimaksudkan bukan lah hantu,puntianak,jembalang tanah angin api air dan yang seangkatan dengannya tapi makhluk ni ha...ce tengok...ce tengok...



sumber: uncle gugel


Nama-nama diorang ni pun canggih manggih...kalau berkenan boleh buat nama anak....

E-coli.......................>> punca cirit-birit dan jangkitan saluran kencing
staphylococcus.........>> nak bisul pi ternak banyak-banyak
beta streptococci......>> sakit tekak
bacillus species.........>> agen pencemar biasa
clostridium................>>menyebabkan usus bengkak
influenza A...............>> pneumonia (jangkitan paru-paru)

Agak-agak kalau ternak diorang ni banyak-banyak jual laku tak....muahahahah.

buat rugi je tak balik modal...ternak lintah lagi best ye dak...

Makanya silalah bersihkan tangan-tangan anda yang halus mulus tu dari makhluk-makhluk halus ni.Cara yang mudah dengan tujuh langkah sahaja.Tak lama pun dalam 2-3 minit. 



klik sini

masa iklan basuh tangan kerap sangat keluar tv dulu.Tetibe jadi glamer kan.Masa tu heboh kes penyakit H1N1 dan influenza.Teringat la kat anak buah. Dia duduk depan sinki....apalah yang lame sangat dok cuci tangan....rupe-rupenya die ikut cara basuh tangan kat tv....umur pun baru la 4 tahun ....terjingkit-jingkit depan sinki...
Cara ni memang nampak leceh ....lama....kena gosok-gosok lagi...macam buang masa je kan...tapi faedah daripadanya tangan kita BERSIH....tak ada kuman...tambah pulak orang yang kerja kat hospital yang banyak terdedah dengan segala tok nenek kuman,bakteria,microorganisma segala bagai.

Budak-budak pun boleh faham masej yang nak disampaikan tapi orang dewasa buat-buat tak paham.


peace.




Sunday, November 13

Kepada wanita semua sila ambil perhatian....



Assalammualaikum semua.

Errmm....aa...errmm....ish..macam mane nak mulakan yek...ehem..ehem...
khas buat wanita semua sila....sila perhatikan dan buat pemeriksaan ke atas bukit-bukau dan gunung-ganang anda.Terutamanya pada struktur tanah, kaki bukit dan puncak bukit @ gunung sekiranya terdapat busut,kawah-kawah atau runtuhan tanah.Sekiranya anda tidak pasti akan perubahan yang berlaku anda boleh berjumpa dengan pakar supaya gunung anda tidak menjadi seperti gunung berapi....opss!!

termanggu-manggu....ter"pingu2"....tergaru-garu kepala yang tak gatal.Ape ni semua bukit!!...gunung!!...

oklah dalam medical tak perlu malu-malu pun benda ni common semua orang ade even lelaki cuma tak nampak bukit sangat la hehe...

Sebenarnya saya nak mengajak anda semua lakukan pemeriksaan sendiri payudara (PSP). Bukan mainan psp tu yek....

Apa itu PSP?

PSP adalah salah satu langkah awal mengesan kanser payudara.Semua wanita berusia 20 tahun ke atas perlu lakukan PSP setiap bulan sepanjang hayat.

Bila mesti melakukan PSP?

Sekiranya anda masih didatangi haid, PSP mesti dilakukan di antara hari ke 7 sehingga Ke 10 selepas bermulanya haid
Sekiranya haid anda tidak teratur atau telah putus haid PSP mesti dilakukan pada satu hari yang ditetapkan setiap bulan.Jadi pilih hari yang mudah untuk diingat contohnya hari pertama atau terakhir pada bulan tersebut.

Bagaimana melakukan PSP?

PSP dilakukan ketika berdiri atau berbaring





Berpandukan gambar diatas,

1) Tak semestinya time mandi just berdiri depan cermin dan start lakukan pemeriksaan.


2) Semasa berdiri di hadapan cermin perhatikan keadaan payudara dari segi  saiz,bentuk,kesamaan (simetri) dan paras kedua-dua puting paudara.Periksa dengan melakukan beberapa gerakan tangan dalam keadaan tangan disisi,kedua-dua tangan diangkat ke atas kepala dan bercekak pinggang.


3) Lakukan urutan sirkular atau bulatan dari bahagian atas payudara kemudian bergerak ke sekeliling payudara sehingga ke puting payudara.Jangan lupa periksa sekali bahagian bawah ketiak.Rasakan sebarang perubahan,ketulan dan sebagainya.Juga boleh lakukan urutan secara menegak dari atas ke bawah.


4) PSP dalam keadaan berbaring dengan melakukan pemeriksaan sama seperti dalam keadaan berdiri.


5) Picit dengan perlahan puting payudara dan lihat sekiranya terdapat perubahan sama ada keluar lelehan atau cairan yang luar biasa. 

Tanda-tanda amaran yang perlu diperhatikan semasa pemeriksaan.


  • Benjolan di payudara atau ketiak
  • Perubahan bentuk dan saiz payudara yang luarbiasa
  • Kerutan atau lekuk yang luar biasa pada payudara
  • Puting paudara tertarik ke dalam
  • Pendarahan atau lelahan luar biasa dari puting payudara

Jika diperhatikan saya ada "highlight" beberapa perkataan dengan warna merah..kenapa yek...

setiap bulan.....>> tak susah pun saya minta setiap bulan je maknanya sekali dalam sebulan bukan hari-hari bukan setiap jam...bukan setiap minit ...bukan setiap saat.sekejap je.tolong buat ye...please....

mesti..............>> dah macam wajib pulak kan..tapi kalau tak buat tak jatuh hukum ape pun...cuma jadikan rutin je dalam sebulan....please.... sambil buat muka kiut....wink*wink* hehehe....

Janganlah beri seribu alasan tak ada masa lah...tak tahu buat lah...malas lah...buang masa lah...jangan macam tu. Bila da terkena esok lusa menangis tak ade guna sebab kebanyakkan orang yang datang penyakit dah tahap serius.Tak alert.Tak perlu malu dan jangan takut.Dunia belum berakhir lagi sekiranya anda ditimpa musibah sebaliknya berusaha dan jangan berputus asa.

Saya sendiri lakukan kenapa tidak anda.....

Sekian.






Sunday, November 6

Tak boleh update

error...error..virus detected....

halamak...macamne nak update ni....

ok tipu je...tujuan sebenarnya tak dapat nak update sebab jari jemari da melecur akibat excited sangat memasak...buka tutup periuk habis kena wap panas...nah amekaw...sakitnya.Pedih.Menangis jap.Rasa nak potong je jari nih


sapu colgate

ok sebenarnya ni tindakan biasa kita buat kat rumah kan kalau melecur tak kiralah kena air panas ke atau wap panas...cara ni sebenarnya tak digalakkan pun....tapi sesetengah orang kata letak ubat gigi ok kan sebab ada rase sejuk-sejuk.

tapi nape saya buat jugak sebab dah tak tahan sangatnye pun adoi...




ni keadaan selepas kena lecur...ok yang ni baru betul.Apa yang saya buat mula-mula apabila terkena air panas lalukan tangan atau bahagian anggota yang terkena tu pada air paip selama yang boleh.Kemudian saya rendam dengan air sejuk atau ais.

sekiranya keadaan lecur yang teruk selepas rawatan dirumah telah dilakukan segeralah ke klinik atau hospital yang berdekatan.

Macam saya ni tak teruk sangat.Boleh tahan lagi...tapi pedih jugak la ditambah lagi sebelum kena lecur tangan da pijar sebab potong cili.Nasib baik la tangan kiri kalau tangan kanan......tak hupdate la bertahun-tahun.

Moralnya berhati-hati la tak kira dimana anda berada bukan di jalan raya sahaja tapi di dapur jugak.

sekian.










Wednesday, November 2

Merokok itu sedap ke?


Assalammualaikum.


hai semua....


Setiap pesakit yang datang dengan penyakit seperti acute coronary syndrome,asthma,radang paru-paru,diabetis dan penyakit-penyakit lain pasti doktor akan bertanya merokok??...da berapa lama??...dah berhenti??...sejak bila berhenti??.lalu dicatatkan pada rekod pesakit.


Kenapa perlu ditanya soalan seperti tu ...apa kaitan rokok dengan penyakit.Well semua orang dah tahu dan jangan pura-pura tak tahu yang rokok itu punca penyumbang berlakunya pelbagai penyakit.Sebab apa....tengok la sendiri kandungan dalam sebatang rokok.


cat,acetic acid, pencuci lantai , racun dan yang lainnya....sedap ke semua ni...dah jadi sebatang rokok memang la tak rasa ape kan.Saya tahu ramai diluar sana yang merokok susah nak singkirkan tabiat ni...bukan tak tahu bahaya kan kesihatan....iklan pun da macam-macam tunjuk malah pada kotak rokok itu sendiri dah diletakkan gambar-gambar ngeri untuk bagi lebih kesedaran tapi sayangnya itu semua ditolak ketepi janji dapat lepas gian kan...



Memberi nasihat kesihatan pada pesakit bahaya merokok kadang-kadang rasa seperti mencurah air ke daun keladi.Lagi pun rata-rata dah besar panjang dan boleh berfikir.Dah dapat penyakit pun masih tak insaf lagi.

saya pernah bertanya pada seorang pesakit yang saya jaga... 
"Pakcik kenapa nampak gelisah je ...."
lalu pakcik pun jawab "ermm nak tidur pun tak lena...da seminggu tak merokok" 
"baguslah pakcik ni da seminggu tak merokok lepas ni sebulan lepas tu setahun lepas nun terus berenti kan bagus"
pakcik tu hilang kata-kata mungkin malas nak jawab balik kot.sampai tak lena tidur pakcik almaklong la dalam wad tak boleh merokok mau terbakar kang satu hospital.Sebab salur oksigen banyak pada dinding di wad. 

Rasenya kalau letak notis macam ni kat mana-mana tempat tak kira la dalam bus ke restoran,hospital,surau dan sebagainya agak-agak nak merokok tak???




telan sekali asapnya kenyang.tak payah makan nasi.jimat beras.


sekian.


tulis sikit lagi:

asap rokok juga bahaya.pencemaran bau dan alam sekitar.




Monday, October 17

Senyum tak perlu kata apa-apa

Assalammualaikum semua,


Nak tanya hari ni berapa kali korang senyum? tak terkira...bagus...bagus.Bermakna korang semua adalah seorang yang manis.Kanapa manis...mestilah sebab senyum tu kan manis mana ade senyum masam,senyum masin kecuali senyum kambing tapi jangan senyum sinis tu tak ikhlas buat orang meyampah.


Tahu tak bila korang senyum, hanya 17 otot muka digunakan berbanding 43 otot muka yang digerakkan ketika mengerutkan dahi.Ini adalah fakta.Jauh bezanya kan....so kalau nak awet muda silalah senyum setiap hari.Tapi ingat senyum haruslah bertempat...agak-agak kawan dok cerita sedih pastu korang senyum-senyum macam kerang busuk memang ada yang makan selipar saiz lapan jawabnya.


hehe....jom nyanyi lagu ni,



kacak luar kacak dalam
kacak dengar sini 
kalau saya senyum awak mesti senyum skali
kalau kita senyum semua orang berjangkit
bila semua orang senyum dunia tiada penyakit (",)
senyum tak perlu kata apa-apa



Senyum adalah penyembuh kerana senyum dapat mengaktifkan sel-sel darah putih yang bertindak sebagai antibodi untuk melawat penyakit seperti bait lagu kat atas ni yang saya highlightkan.


Senyum juga merupakan bahasa tubuh bila kita senyum pada orang yang tak dikenali orang itu juga akan senyum balik pada kita.Tak rugi pun senyum tak keluar duit walau seposen nye pun adoihainye...hehe.Bukan ke senyum itu amalan mulia lagi berpahala....senyum itukan sedekah.


Senyum adalah jalan paling mudah untuk kita menyatakan perasaan dan hasrat hati.Contohnya kalau bakal suami korang masuk meminang...pastu bapa korang tanya macammana...mestilah korang akan senyum dulu kan, tak percaya??..ala korang bace ni pun mesti tengah senyum kan..kan..kan.tak kan nak terus cakap SETUJU bah.nampak sangatlah gatal nak kawin.Kata orang tua-tua...orang muda tak cakap ye orang muda ikut je hehe...kalau senyum dan diam tu tanda setuju.

Jadi senyum la selalu tanpa dipaksa atau berpura-pura.Senyumlah dengan seikhlas hati supaya kita disayangi.



p/s kadang-kadang bangun tido 
tgk cermin senyum pada diri sendiri




Saturday, October 15

Merawat demam biasa.

Rasenya semua pernah demam kan...ada ke yang tak pernah demam.Tak pernah saya jumpe lagi orang yang tak pernah demam ni hebakk nye, kebal antibodi, tabik spring toink...toink...toink...lah.


so, lets share ape itu demam?

Demam adalah dimana suhu badan kita meningkat hasil tindakbalas badan terhadap sebarang jangkitan dan disebabkan penyakit-penyakit lain.Sekiranya suhu badan melebihi 37°C, anda adalah disahkan demam.

kalau mandi air panas, minum air panas lepas tu check tu tak dikira demam ye...ini salah satu trick jumpe doktor nak mc.dun try this at home.saya tak galakkan okeh...ingat doktor tak tau keh....

Sekiranya demam tu tak teruk sangat pertama sekali duduk berehat sambil istigfar banyak kali dan redha bahawa semua ni adalah ujian Allah.Tak kira la bila ditimpa ape pun penyakit atau musibah sentiasa ingat padaNYA.Amboi macam ustazah pilihan pulak....hehehe


Seterusnya


Minum air dengan banyak sekurangnya 2liter untuk mengurangkan haba yang akan keluar melalui air kencing.Tapi ni selalunya malas nak buat kan sebab dah demam tak larat la...loya la...tak selera la...nak baik ke tak...masuk hospital baru tau ...

minum air yang banyak juga sebenarnya dapat menggantikan kehilangan cecair dalam badan dan cegah dehidrasi.Ada yang tanya minum 100 plus boleh ke kurangkan demam?.100 plus tu just minuman isotonik jadi tak ade masalah nak amik atau tak....tapi lebih baik ambil air masak biasa pun da cukup.

Jangan lupa mandi sebab demam bukan alasan tak boleh mandi.

Pakai baju yang longgar dan nipis dan tak perlulah berselimut tebal 77 lapis sebabnya haba tu terperangkap.Ramai yang anggap bila demam berselubung bawah selimut tebal-tebal demam akan kebah.Boleh nak selimut tapi berpada-pada.

Telan panadol atau paracetamol








Petua 

kalau ikut petua petui orang lama bukan orang tua ye...ambil air asam jawa atau air rendaman daun bunga raya tuam pada dahi berulang kali. insyaAllah.

Ingatan
Sekiranya demam berlarutan dan melebihi 38°C serta alami gejala seperti muntah-muntah,sakit badan,pendarahan dan sebagainya jumpalah saya eh salah.... jumpalah doktor yang berdekatan dengan rumah anda.





sekian.

Monday, October 3

Sebijik epal sehari



Epal adalah contoh buah-buahan yang berkhasiat tinggi.Mudah di dapati dan harga pun berpatutan, tidak hairan lah epal dijadikan sajian pencuci mulut kerana segala vitamin yang terkandung di dalamnya diperlukan oleh tubuh badan kita.
khasiat yang terdapat dalam epal:-

  • Vitamin
Mengandungi serat yang tinggi dan antioksidan seperti flavonoid, betakarotena dan fitokimia.Selain itu, ia juga mengandungi vitamin C, vitamin A dan vitamin B kompleks.

  • Antioksidan
Kandungan agen antioksidan yg terdapat dalam epal mampu menentang radikal bebas serta dapat
melambatkan proses penuaan yang menyebabkan kulit wajah cepat berkedut.Ia juga memperbaiki
tekstur kulit wajah dengan memperbaharui sel-sel kulit dengan segera.Sebiji epal juga dapat melembapkan kulit yg kering.Jadi pada yang nak kulit cantik tak berkedut-kedut silalah amalkan makan epal.

  • Membantu mencegah penyakit 
Bahan kimia (fitokimia) yang dijumpai dalam epal membantu menghalang salur darah daripada tersumbat, penting untuk menghalang sakit jantung.

  •  Mengawal berat badan
Bagi yang concern tentang berat badan, Epal yang mengandungi kandungan serat dan kalori yang tinggi penting dalam membantu proses mengawal berat badan. Ini kerana serat yang terkandung di dalamnya dapat melambatkan kita dari berasa lapar.Malah membekalkan kalori untuk memberikan kita tenaga.

Berita baik!! kandungan kolestrol serta lemak tidak terdapat dalam epal. So, sesiapa yang hendak berdiet,epal sesuai menjadi snek terbaik untuk mengalas perut dan juga membantu menguruskan badan

ADA YANG PENTING!!! jgn biarkan epal terdedah lama selepas dipotong kerana ia boleh menyebabkan antioksidan mudah terbebas ke udara sebaik sahaja epal dipotong.




p/s sebenarnya tengah makan epal ni jemput sekali.....

suke epal merah...epal hijau kureng sebab masam...


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...