Assalammualaikum semua.
Errmm....aa...errmm....ish..macam mane nak mulakan yek...ehem..ehem...
khas buat wanita semua sila....sila perhatikan dan buat pemeriksaan ke atas bukit-bukau dan gunung-ganang anda.Terutamanya pada struktur tanah, kaki bukit dan puncak bukit @ gunung sekiranya terdapat busut,kawah-kawah atau runtuhan tanah.Sekiranya anda tidak pasti akan perubahan yang berlaku anda boleh berjumpa dengan pakar supaya gunung anda tidak menjadi seperti gunung berapi....opss!!
termanggu-manggu....ter"pingu2"....tergaru-garu kepala yang tak gatal.Ape ni semua bukit!!...gunung!!...
oklah dalam medical tak perlu malu-malu pun benda ni common semua orang ade even lelaki cuma tak nampak bukit sangat la hehe...
Sebenarnya saya nak mengajak anda semua lakukan pemeriksaan sendiri payudara (PSP). Bukan mainan psp tu yek....
Apa itu PSP?
PSP adalah salah satu langkah awal mengesan kanser payudara.Semua wanita berusia 20 tahun ke atas perlu lakukan PSP setiap bulan sepanjang hayat.
Bila mesti melakukan PSP?
Sekiranya anda masih didatangi haid, PSP mesti dilakukan di antara hari ke 7 sehingga Ke 10 selepas bermulanya haid
Sekiranya haid anda tidak teratur atau telah putus haid PSP mesti dilakukan pada satu hari yang ditetapkan setiap bulan.Jadi pilih hari yang mudah untuk diingat contohnya hari pertama atau terakhir pada bulan tersebut.
Bagaimana melakukan PSP?
PSP dilakukan ketika berdiri atau berbaring
Berpandukan gambar diatas,
1) Tak semestinya time mandi just berdiri depan cermin dan start lakukan pemeriksaan.
2) Semasa berdiri di hadapan cermin perhatikan keadaan payudara dari segi saiz,bentuk,kesamaan (simetri) dan paras kedua-dua puting paudara.Periksa dengan melakukan beberapa gerakan tangan dalam keadaan tangan disisi,kedua-dua tangan diangkat ke atas kepala dan bercekak pinggang.
3) Lakukan urutan sirkular atau bulatan dari bahagian atas payudara kemudian bergerak ke sekeliling payudara sehingga ke puting payudara.Jangan lupa periksa sekali bahagian bawah ketiak.Rasakan sebarang perubahan,ketulan dan sebagainya.Juga boleh lakukan urutan secara menegak dari atas ke bawah.
4) PSP dalam keadaan berbaring dengan melakukan pemeriksaan sama seperti dalam keadaan berdiri.
5) Picit dengan perlahan puting payudara dan lihat sekiranya terdapat perubahan sama ada keluar lelehan atau cairan yang luar biasa.
Tanda-tanda amaran yang perlu diperhatikan semasa pemeriksaan.
- Benjolan di payudara atau ketiak
- Perubahan bentuk dan saiz payudara yang luarbiasa
- Kerutan atau lekuk yang luar biasa pada payudara
- Puting paudara tertarik ke dalam
- Pendarahan atau lelahan luar biasa dari puting payudara
Jika diperhatikan saya ada "highlight" beberapa perkataan dengan warna merah..kenapa yek...
setiap bulan.....>> tak susah pun saya minta setiap bulan je maknanya sekali dalam sebulan bukan hari-hari bukan setiap jam...bukan setiap minit ...bukan setiap saat.sekejap je.tolong buat ye...please....
mesti..............>> dah macam wajib pulak kan..tapi kalau tak buat tak jatuh hukum ape pun...cuma jadikan rutin je dalam sebulan....please.... sambil buat muka kiut....wink*wink* hehehe....
Janganlah beri seribu alasan tak ada masa lah...tak tahu buat lah...malas lah...buang masa lah...jangan macam tu. Bila da terkena esok lusa menangis tak ade guna sebab kebanyakkan orang yang datang penyakit dah tahap serius.Tak alert.Tak perlu malu dan jangan takut.Dunia belum berakhir lagi sekiranya anda ditimpa musibah sebaliknya berusaha dan jangan berputus asa.
Saya sendiri lakukan kenapa tidak anda.....
Sekian.