Pages

Friday, December 23

Permata Hati


Assalammualaikum

Ape khabar semua...
sihat ke....lama rasanya tak update...hehe ada orang kisah ke...padahal baru seminggu belum sebulan belum setahun...tak ape la....ada orang kisah ke tak hari ni nak update jugak....al maklong lah sibuk dengan kerja...balik kerja dah terlampau penat sampai tak larat nak buka laptop..huhu...

Ok back to topic ...Setiap pasangan yang mendirikan rumahtangga pasti ingin menimang cahaya mata.Kehadiran cahaya mata ibarat penyeri dalam rumahtangga dan pastinya pasangan itu merasakan perkahwinan sudah lengkap.

Tetapi bagi pasangan yang masih belum dikurniakan zuriat pasti akan merasa sedih,tension,stress dan kecewa.Orang di sekeliling sibuk bertanya "bila nak dapat anak?" " bila nak bertiga asik berdua je?"...dan banyak lagi soalan-soalan yang mula membuat kita rasa tidak selesa....kalau baru setahun jagung usia perkahwinan mungkin kita masih mampu tersenyum lagi....katanya tak puas honeymoon....tapi bila dah bertahun -tahun kita mula risau...dan rimas dengan soalan-soalan tadi....

Mulut manusia ni bukan macam tempayan kita boleh tutup...kalau dah tau pasangan tu dah kawin lama jangan dok menyibuk tanya soalan yang boleh menguris hati dan perasaan mereka sebaliknya berilah semangat dan kata-kata peransang supaya mereka tak berputus asa.

ini tak sibuk perli-perli....macam tak ada soalan lain nak tanya...eh...tetibe ter"emo" pulak  heheh...

Apa pun kepada pasangan yang belum mendapat cahaya mata bersabar lah.Jangan berputus asa dan terus berusaha dan berdoa mudah-mudahan Allah memakbulkan doa kita.Jangan mula berprasangka dan menyalahkan pasangan anda. 

Bersangka baik lah dengan tuhan kerana mungkin belum rezeki.Contohilah kisah Nabi Zakaria yang tak putus-putus berdoa memohon Allah mengurniakan zuriat dan Nabi Zakaria sanggup menunggu sehingga usia tua 100 tahun dan akhirnya Allah memakbulkan doanya dan mengurnikan Nabi Yahya.

Saya nak share sikitlah sebab semalam tengok ustazah dengan ling nye..dalam semanis kurma.Untuk pasangan yang berusaha untuk mendapatkan zuriat atau cahaya mata amalkan doa Nabi Zakaria iaitu surah Al-Imran ayat 38.


SURAH AL-IMRAN AYAT 38

Yang bermaksud:

"Di sanalah Zakaria mendoa kepada Tuhan.
Ia berkata: Berilah aku keturunan yang baik daripadaMu. Sesungguhnya Engkaulah yang memperkenankan segala doa.."


Selain itu ustazah juga beri beberapa tips lain antaranya:
  • amalkan minum air suam yang dicampurkan dengan madu lebah
  • membaca surah Mariam ayat 4-6
  • mengamalkan baca surah Al-waqiah 
  • Bersedekah terutamanya pada bayi yang baru lahir contohnya kita ziarah kawan yang baru lahirkan bayi dan berikan hadiah atau sumbangan ikhlas dari kita mana tahu berkat daripada itu kita pulak yang melahirkan bayi....


tomeinye


Teruskan usaha semoga berjaya...chaiyok..!!

peace




4 comments:

aamalinaazman said...

awwww
ai like dis possstt!
hehehe
walau kawin lag tap dpt merasakan ketegangan kalau owg asik2 dok tye bile nk dpr anak, bile nk dpt anak..sape yg x nak anak kan..

insyaAllah, usaha ada.,doa ada, mesti bole nye

maseh utk tipss gak..bakal menggune bile dh kawen nnti..kiki :))

aamalinaazman said...

walau x kawin lagi* (typo plak..hahahahaha)

Unknown said...

akak pulak tak pernah la nak menyalahkan takdir..
cuma kerap sangt menyalahkan diri sendiri je la..
sebab tak pandai jaga diri..
huhu...
tapi syukur la ada sorang pun kan..
mujur ada..dari tak de..:)

RHI said...

anak adalah anugerah terindah buat sesebuah keluarga
andai belum dikurniakan...harus bersabar dan sentiasa berdoa InsyaAllah...
Tiga hari dalam hidup

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...