Pages

Tuesday, January 24

Muzium Kapal Selam Malaysia


Assalammualaikum

semua (^_^)

Setelah menyepikan diri baru hari ni dapat bersua kembali...cewahh..

Bagi yang menyambut Tahun Baru Cina .....Gong Xi Fa Cai...memandangkan hari ni cuti umum jadi nak ajak jalan-jalan meh kita tengok Muzium Kapal Selam Malaysia yang terletak di Dataran 1Malaysia Klebang, Melaka...ni promote negeri sendiri ni...


besar bapak..kan...



ni ekor die...


kapal selam SMD Ouessant Agosta 70 dari Perancis

Kapal ini merupakan Muzium Kapal Selam pertama negara.Terdahulu kapal ini digunakan oleh TLDM untuk tujuan melatih krew pertama kapal selam Malaysia.

Kerajaan Malaysia telah menandatangani pemindahan pemilikan dengan Kementerian Pertahanan Perancis melalui Duta Malaysia pada 23 september 2011.

Kapal ini dibawa dari perlabuhan Perancis oleh sebuah syarikat tempatan iaitu Felda Transport Service Sdn Bhd pada 12 Oktober 2011dan selamat tiba di tapak muzium di Klebang pada 17 November 2011.Satu kejayaan yang membanggakan apabila syarikat bumiputera yang menjalankan tanggungjawab ini....tepuk tangan sikit....heheh.

Kapal ini berukuran 67.5 meter panjang, 11.7 meter tinggi dan 6.5 meter lebar.....haa...tak payah amik pembaris memang bapak panjang....bapak besauuu.....tapi sayang tak boleh masuk dalam hanya boleh tengok struktur luar kapal je sambil menghayati reka bentuknya....

Lepas da penat tengok kapal ni boleh main layang-layang sebab kat sini keadaan angin memang best la...sesuai nak main layang-layang...kalau tak ade layang-layang jangan risau sebab sepanjang pantai ramai yang jual layang-layang ....makanan??...tak payah cakap takkan kebulur lah...heheh banyak je gerai jual makanan ... 



Jadi apa tunggu lagi silalah datang....melawat Melaka bererti anda melawat Malaysia....


peace...

1 comment:

Azlan Hasan said...

owh..kat klebang ek..hehe.ok2..nanti ade masa bleh datang..lama dah tak pegi melaka..hehehe

Regards,
-Strider-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...