Pages

Tuesday, January 31

Pap Smear langkah awal mencegah kanser servik

Assalammualaikum

Apa khabar semua

Pernah dengar apa itu Pap Smear?.mungkin ramai yang dah tahu kan sebab sekarang ni informasi mudah didapati hanya di hujung jari....tapi saya just share pada yang tidak tahu....

Secara ringkas Pap Smear adalah prosedur atau test untuk mengenalpasti perubahan pada serviks.....perhatian ye kaum wanita...orang lelaki sila baca je tuk tambah ilmu nak tahu ape tu serviks sila google.... : P

..........alorr senang cite pangkal rahim lah......

Kenapa ia dilakukan?
kanser serviks adalah pembunuh nombor 2 selepas kanser payudara dikalangan kaum wanita.

Siapa yang perlu melakukan ujian pap smear?
-dalam 3 tahun pertama bagi wanita yang telah melakukan hubungan kelamin atau SI (sexual intercouse) bermula umur 21 tahun.
-kemudian ujian dilakukan setiap 1-2 tahun
-ujian dilakukan setiap 2-3 tahun bagi wanita berumur 30-an sekiranya ujian terdahulu adalah normal
-ujian dilakukan setiap tahun sekiranya mempunyai faktor risiko seperti jangkitan human papilomavirus (HPV).
-atau anda boleh berjumpa dengan pakar sakit puan dan dapatkan lebih jelas bila harus melakukan ujian dan kekerapan ujian dilakukan.

Bagaimana ujian ini dilakukan?
-sebelum datang untuk melakukan ujian dinasihatkan tidak melakukan SI.
-sekiranya datang bulan buat appointment baru
-semasa ujian dilakukan anda dikehendaki berbaring dengan kaki dibukakan sedikit sama seperti posisi hendak bersalin.
-kemudian doktor akan memasukan alat yang dipanggil speculum ke vagina.ketika ini anda mungkin berasa sedikit tidak selesa.saya nasihatkan rilek dan jangan teran,mengeras atau melawan kerana akan lebih sakit sekiranya anda berbuat demikian.
-speculum tadi akan dibuka atau diregang sedikit dan sampel akan di ambil.
-setelah sampel diambil speculum akan dikeluarkan.
-sampel akan diletakkan diatas sekeping slide kaca dan dihantar ke makmal.

mudah kan...hanya beberapa minit sahaja....sakit?? sikitlah....macam kena gigit semut kot...ngeh..ngeh..
jangan lupa dapatkan keputusan ujian dan jumpa pakar anda.

tulis sikit: sumber info dari majalah Health Today....nak tambah pengetahuan tentang kesihatan boleh rajin2 baca majalah ni.

peace.



Monday, January 30

Awan nano Juara AJL26


Assalammualaikum

Dah berakhir pun Anugerah Juara Lagu ke 26 yang menobatkan lagu Awan Nano sebagai juara sekaligus memenangi kategori vokal terbaik.Apa yang menariknya maksud tersurat dan tersirat lagu ini yang diilhamkan oleh M.Nasir dan Budi Hikayat.Awan sebagai pelindung.Nano bersifat sesuatu yang halus,berseni dan berserakan.Bagi saya lirik lagu ni sangat kuat dan lagunya indah.....wah...dah macam pengkritik lagu tak bertauliah pulak kikiki...ape pun memang layak jadi juara....



Persembahan Hafiz yang sampoi....tak payah pening kepala nak fikir baju ape nak pakai....kredit untuk rambut Hafiz yang ala-ala awan...memang melindungi die ke mana-mana lah....ahaks....
di tambah pula penampilan khas Herman Tino sebagai bapa ....bukan hermantiyes ok....persembahan sama macam video klipnya.....

saya mula tengok video klip awan nano ni pun sebab Johan masa die buat lawak dalam rancangan Maharaja Lawak....
begitulah awan nanonanonanonanonaonaooooooooo........hehehe




peace



Saturday, January 28

SunRise @ Broga Hill

Assalammualaikum

Dah pernah pergi Broga Hill...hala tempat yang angkasawan negara amik wedding photoshoot tu....haa... tak pernah lagi...rugi tau tak pergi ....memang lah atas bukit ni tak ada ape2 tapi korang akan dapat menikmati permandangan yang....ohsem...OMG...tak terkata ....subahanAllah cantiknya...especially bila matahari terbit sambil angin sepoi2 bahasa sejuk menggigit-gigit sehingga ke tulang putih..heww...

Dah lama saya nak update pasal ni tapi tak berkesempatan..dah pergi Broga Hill ni beberapa minggu lepas...dan terasa nak pergi lagi...well mula-mula nak mendaki so excited tak sabar nak sampai atas...kalau datang awal2 pagi silalah bawa torchlight...kalau tak meraba-raba lah nak naik...tapi tu unuk keselamatan jugak lah...nak tengok jalan sebab kiri dan kanan ada batu..tunggul...gaung kecil...pendek kata buat persiapan dulu sebelum nak naik bukit...bawa barang yang perlu...

nak sampai sekejap je dalam 30-45minit tapi kalau banyak berhenti-henti esok pun tak sampai hahahah....

bila dah sampai puncak tu fuhh.... leganya....akhirnya sampai juga ...perut pun mula berbunyi-bunyi keluar lagu anuar zain (hahah.. propa lebih).....ape lagi roti buat bekal tadi ngap ler.....tapi ingat ok plastik makanan jangan buang merata kat atas bukit....bertanggungjawab sikit...dah makan tau nak buang kat ne kan...tong sampah tak ade kat sini so silalah jangan buang merata-rata...yang datang sini bukan orang tempatan je orang luar negara pun ada....so tunjukkan sikap pembersih sikit...

so, jom kita tengok sunrise..oh....ohsemnye....


sunrise

subahanallah

cantikkan...maaflah kamera cap itik muahahah

dah puas menikmati permandangan kat atas ni so masa untuk turun....sebenarnya turun lebih mencabar dari naik...agak bahaya sikit...kena hati-hati...silap langkah boleh jatuh masa ni lah rasa pentingnya bawa first aid kit.... Alhamdulillah adanya kawan-kawan, saling bekerjasama selamat juga turun....

walau pun kaki sakit...sengal2 hilang lepas 4 hari...jalan pun dah rupe orang kena sunat...tapi seronok sangat.Bukan selalu dapat keluar dengan kawan-kawan buat aktiviti macam ni...selalu keluar shoping...shoping...shoping...makan...makan...makan...sekali sekala buat macam ni bagus sekurang-kurangnya keluar peluh.

so siapa yang tak pernah pergi lagi weekend2 ni pergi okeh...jangan jogging atas katil je...hewhewhew...

peace




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...