
Wednesday, November 9
Sunday, November 6
Tak boleh update
error...error..virus detected....
halamak...macamne nak update ni....
ok tipu je...tujuan sebenarnya tak dapat nak update sebab jari jemari da melecur akibat excited sangat memasak...buka tutup periuk habis kena wap panas...nah amekaw...sakitnya.Pedih.Menangis jap.Rasa nak potong je jari nih
sapu colgate
ok sebenarnya ni tindakan biasa kita buat kat rumah kan kalau melecur tak kiralah kena air panas ke atau wap panas...cara ni sebenarnya tak digalakkan pun....tapi sesetengah orang kata letak ubat gigi ok kan sebab ada rase sejuk-sejuk.
tapi nape saya buat jugak sebab dah tak tahan sangatnye pun adoi...
ni keadaan selepas kena lecur...ok yang ni baru betul.Apa yang saya buat mula-mula apabila terkena air panas lalukan tangan atau bahagian anggota yang terkena tu pada air paip selama yang boleh.Kemudian saya rendam dengan air sejuk atau ais.
sekiranya keadaan lecur yang teruk selepas rawatan dirumah telah dilakukan segeralah ke klinik atau hospital yang berdekatan.
Macam saya ni tak teruk sangat.Boleh tahan lagi...tapi pedih jugak la ditambah lagi sebelum kena lecur tangan da pijar sebab potong cili.Nasib baik la tangan kiri kalau tangan kanan......tak hupdate la bertahun-tahun.
Moralnya berhati-hati la tak kira dimana anda berada bukan di jalan raya sahaja tapi di dapur jugak.
sekian.
Friday, November 4
Saya juga pemandu.
Ketika menaip entry ni saya da pun berada di rumah parent.sibuk dengan kerja kebelakangan ni akhirnya dapat lah berehat-rehat di rumah.Walau pun cuti tak dapat banyak tapi ok lah dari lansung tak dapat cuti.Lagi 2 hari nak sambut Raya Korban.Persiapan ala kadar je.
Alhamdulillah on the way nak balik tak hujan almaklong lah kebelakangan ni hujan je tiap-tiap hari.Kenderaan pun tak banyak mungkin ramai yang belum balik lagi.Anyway rasa geram dan sakit hati pulak bila memandu tadi...kenapalah ade pemandu yang suka menyusahkan orang lain.nak bawa laju tak ade halangan pun tapi biarlah awak pada laluan yang betul.nak potong ikut suke suki je.
Sudahlah saya ni jenis bawa kereta skema betul-betul la ikut hadlaju.Pemandu berhemah la konon.erkk..... muntah hijau!!.Bukan ape untuk keselamatan diri sendiri jugak.Bawa laju sangat sampai kereta nak terbang tu bukan saya la.Peduli la nak kata bawa slow ...>>tapi tak la slow sangat kene maki je nanti....skema la...ape la...kalau awak nak mati jangan libatkan nyawa orang ok.Nak potong ikut kanan bukan kiri..huh marah betul ni...
Itu satu hal...yang tak bagi signal pulak selambe badak je masuk kejap kiri kejap kanan.Lain kali sila jangan memandu kalau tak ada arah nak tuju.
Itu belum lagi yang asap hitam bekepul-kepul keluar.Mencacatkan pemandangan.Membataskan penglihatan.Mencemaran alam.
Patutlah kadar kemalangan setiap tahun meningkat sebab sikap pemandu yang pentingkan diri.Buatla segala kempen bagai, iklan, ops sikap semua tapi kalau da memang tak ade kesedaran tak guna jugak.Dah nama pun manusia.Ragam macam-macam.Perangai pun macam-macam.
Ape pun saya selalu ingat pesan mak bapa saya sebelum memandu check dulu kereta.Baca doa naik kenderaan,pakai seatbelt dan memandu dengan skemanya...berhati-hati.kbai.
Sekian.
Subscribe to:
Posts (Atom)

