Pages

Wednesday, November 2

Merokok itu sedap ke?


Assalammualaikum.


hai semua....


Setiap pesakit yang datang dengan penyakit seperti acute coronary syndrome,asthma,radang paru-paru,diabetis dan penyakit-penyakit lain pasti doktor akan bertanya merokok??...da berapa lama??...dah berhenti??...sejak bila berhenti??.lalu dicatatkan pada rekod pesakit.


Kenapa perlu ditanya soalan seperti tu ...apa kaitan rokok dengan penyakit.Well semua orang dah tahu dan jangan pura-pura tak tahu yang rokok itu punca penyumbang berlakunya pelbagai penyakit.Sebab apa....tengok la sendiri kandungan dalam sebatang rokok.


cat,acetic acid, pencuci lantai , racun dan yang lainnya....sedap ke semua ni...dah jadi sebatang rokok memang la tak rasa ape kan.Saya tahu ramai diluar sana yang merokok susah nak singkirkan tabiat ni...bukan tak tahu bahaya kan kesihatan....iklan pun da macam-macam tunjuk malah pada kotak rokok itu sendiri dah diletakkan gambar-gambar ngeri untuk bagi lebih kesedaran tapi sayangnya itu semua ditolak ketepi janji dapat lepas gian kan...



Memberi nasihat kesihatan pada pesakit bahaya merokok kadang-kadang rasa seperti mencurah air ke daun keladi.Lagi pun rata-rata dah besar panjang dan boleh berfikir.Dah dapat penyakit pun masih tak insaf lagi.

saya pernah bertanya pada seorang pesakit yang saya jaga... 
"Pakcik kenapa nampak gelisah je ...."
lalu pakcik pun jawab "ermm nak tidur pun tak lena...da seminggu tak merokok" 
"baguslah pakcik ni da seminggu tak merokok lepas ni sebulan lepas tu setahun lepas nun terus berenti kan bagus"
pakcik tu hilang kata-kata mungkin malas nak jawab balik kot.sampai tak lena tidur pakcik almaklong la dalam wad tak boleh merokok mau terbakar kang satu hospital.Sebab salur oksigen banyak pada dinding di wad. 

Rasenya kalau letak notis macam ni kat mana-mana tempat tak kira la dalam bus ke restoran,hospital,surau dan sebagainya agak-agak nak merokok tak???




telan sekali asapnya kenyang.tak payah makan nasi.jimat beras.


sekian.


tulis sikit lagi:

asap rokok juga bahaya.pencemaran bau dan alam sekitar.




wordless wednesday # 3: Rindu pada dua orang insan ni....






mak yang menelefon tapi abah yang mengingatkan untuk telefon.
hampir dua bulan tak balik rumah ibarat 2tahun lamanya.
maaflah abah mak....nani kerja susah dapat cuti.bukan tak nak balik.
nantikan kepulangan anakmu ini ye.....huhu crying (+_+) >>>macam jauh nau je kl-melaka.




Tuesday, November 1

November





Pejam celik...pejam celik...sekejap je da masuk bulan November bulan kesebelas.Permulaan tarikh yang cantik bagi bulan ni 1/11/11....buat tarikh nikah pun best jugak ni....Tapi sayang jatuh hari selasa....

Sekarang ni ramai yang tengah tercari-cari tarikh sesuai tak kisah la tunang ke ...nikah ke...silap-silap ada yang degil nak bersalin pada tarikh yang cantik ni....sape kata tak boleh buat...zaman sekarang ni macam-macam boleh...tapi kalau da nak bersalin jugak nasib la kan....Bulan November ni sangat la sesuai sebab banyak tarikh yang cantik...hari ni kalau tak sempat tak pe ade lagi....

11/11/11

20/11/2011


Perlu ke ada tarikh-tarikh yang cantik ni untuk tunang, nikah atau event sebagainya??

  • mestilah sebab bukan senang nak jumpa tarikh macam ni


  • ada value


  • senang nak ingat...tapi kalau lupe jugak tak tau la melainkan nyanyuk...miahahah


  • boleh masuk paper nanti sebab kawin ramai-ramai tak pun jadi wedding of the year macam tahun lepas macam die ni....tu pun kalau orang kenal....hehe






  • last sekali suke suki la nak buat tarikh macam ni kan...kan..kan...wink..wink..^^



p/s hari ni tak ada ape-ape yang menarik jadi 
pada saya tapi hati ni tak sabar-sabar 
nak balik jumpa parent dan yang best 
dapat balik cuti raya haji lepas 3tahun tak beraya fuhhh.....






LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...