Pages

Monday, October 3

Sebijik epal sehari



Epal adalah contoh buah-buahan yang berkhasiat tinggi.Mudah di dapati dan harga pun berpatutan, tidak hairan lah epal dijadikan sajian pencuci mulut kerana segala vitamin yang terkandung di dalamnya diperlukan oleh tubuh badan kita.
khasiat yang terdapat dalam epal:-

  • Vitamin
Mengandungi serat yang tinggi dan antioksidan seperti flavonoid, betakarotena dan fitokimia.Selain itu, ia juga mengandungi vitamin C, vitamin A dan vitamin B kompleks.

  • Antioksidan
Kandungan agen antioksidan yg terdapat dalam epal mampu menentang radikal bebas serta dapat
melambatkan proses penuaan yang menyebabkan kulit wajah cepat berkedut.Ia juga memperbaiki
tekstur kulit wajah dengan memperbaharui sel-sel kulit dengan segera.Sebiji epal juga dapat melembapkan kulit yg kering.Jadi pada yang nak kulit cantik tak berkedut-kedut silalah amalkan makan epal.

  • Membantu mencegah penyakit 
Bahan kimia (fitokimia) yang dijumpai dalam epal membantu menghalang salur darah daripada tersumbat, penting untuk menghalang sakit jantung.

  •  Mengawal berat badan
Bagi yang concern tentang berat badan, Epal yang mengandungi kandungan serat dan kalori yang tinggi penting dalam membantu proses mengawal berat badan. Ini kerana serat yang terkandung di dalamnya dapat melambatkan kita dari berasa lapar.Malah membekalkan kalori untuk memberikan kita tenaga.

Berita baik!! kandungan kolestrol serta lemak tidak terdapat dalam epal. So, sesiapa yang hendak berdiet,epal sesuai menjadi snek terbaik untuk mengalas perut dan juga membantu menguruskan badan

ADA YANG PENTING!!! jgn biarkan epal terdedah lama selepas dipotong kerana ia boleh menyebabkan antioksidan mudah terbebas ke udara sebaik sahaja epal dipotong.




p/s sebenarnya tengah makan epal ni jemput sekali.....

suke epal merah...epal hijau kureng sebab masam...


Sunday, October 2

Jom!! main basikal...


Last yang aku ingat main basikal masa darjah 5 kot ......lame tu, tah bole tah tidak ni nak kayuh basikal kalau tak reti kang malu je.....pi main basikal 3 roda...hikhikhik
Anyway semalam member ajak pergi Taman Pertanian Bukit Cahaya Shah Alam berbasikal sambil2 melihat Flora dan Fauna cewahhh!!

Memandangkan hari sabtu maka ramailah manusia yang datang so, kene tunggu basikal berjam2 ikut Q....Finally nak dekat tengahari time matahari da tinggi baru le dapat basikal.Tapi disebabkan tujuan utama nak main basikal tak kira tunggu jugak...

Mencabar betul berbasikal dalam HUTAN ni la....naik bukit turun bukit...tapi bila naik bukit pancit da ....tolak je la basikal....bukan aku yang naik basikal...basikal yang naik aku...erkkk!!!! penat kot....tapi bagus sebab keluar peluh...




Ni nak masuk Taman haiwan tapi bukan Zoo. Haiwan yang ade pun Burung yang tak pernah muda a.k.a Burung Kakak Tua,Kuda,Monyet,Babun,Landak tu pun nasib kalau beliau melintas ler.....Kalau masuk dalam lagi boleh jumpe Rumah Negeri2....tapi tak dapat nak masuk dalam lagi sebab da tak larat.Sebelum tu masuk Taman Buah-buahan tu je pun da 1.5km nak masuk dengan berbasikal turun naik bukit.....adoi tak larat da....mau pengsan....!!! Almaklong la da lama tak berbasikal nih.


Budak 2 orang ni excited sebab tunggu Burung Kakak Tua ni bercakap...ingatkan bisu sekali die cakap Hello....Apa Kabar....tanjat boboi.....!!!Yang best nye burung ni sangat sopan ok...bagi makan roti beliau makan dengan sopan pegang roti guna kaki die  eh tangan die kot .... tak gelojoh pun.....tak caye????
 meh tengok die makan.



see i told u already





Saturday, October 1

Patah seribu hatiku...



Walau, kau tiada di sini
Ku tetap ingat semua pesanmu
Ku hidup seolah-olah kau masih ada bisikkan kata kepadaku
Bilakah kau akan utuskan surat buatku

Aku terus menunggu tibanya kata cintamu
Patah seribu hatiku
Bila mengenangkan segala yang kita bina bersama
Haruskah ku lupa kerna
Engkau telah pergi…


Biar, pergimu tanpa relamu
Namun hatiku tetap rasa
Kejamnya kau meninggalkan ku
Dengan nota-nota cinta buat kita berdua
Bila kan kubisa menerima ketiadaanmu
Kanku bakar semua hapuskan semua kenangan

Sayang ku mohon padamu segera tinggalkanku
Pergilah kau ke tempat yang kau tuju
Pasti ada hikmah buatmu dan juga buat diriku
0hhh pergilahhh…





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...