Pages

Monday, November 28

Jalan-jalan terpijak duri,Kenapa tak kahwin lagi?....Jalan-jalan ke Kuala Linggi, Sebab hantaran kahwin semakin tinggi....ermmm..


Biji durian tersekat kat halkum
Assalammualaikum....


Amboi..amboi..amboi...main guli dengan anak cik tun, kemain lagi berpantun...heheheheh....


Hai semua


Kata orang zaman sekarang ni kalau tak ada 10k jangan mimpilah nak kahwin kan........
betul ke macam tu??....Sebab itu pun dah harga minimun.Mana taknya harga barang sekarang ni semuanya naik tak adenya turun...ape yang turun??...hujan turun ade la....heheh ^^


Sebernarnya nak mendirikan rumah tangga ni yang penting akad nikah tu...kita yang menyulitkan keadaan nak letak harga beribu riban..berjuta jutan kan...tengok bajetlah...kalau berkemampuan tak salah pun. Nak buat wedding of the year yang kos sampai juta-juta lemon tu pun tak ade orang nak halang.Tapi sekali lagi "BUDGET" kena ada.Kena cukup.Berbincang dengan kedua belah pihak secara baik dan tetapkan persetujuan.


Kalau tak jadilah macam ni...aduhai kesiannya....







Agak-agak sampai bila nak cukup 25k macam ni.....siang malam berkerja berhempas pulas tulang empat kerat....Tapi...tapi sayangggggggg...(ala-ala abg saleem nyanyi) hehehe....sekarang ni ramai yang buat personal loan je nak kahwin....mana nak cekau duit kan...


Tapi fikir-fikirkan lah kehidupan lepas kahwin nanti tak pasal-pasal menanggung beban hutang.Hutang yang sedia ade tak habis bayar lagi tambah lagi hutang baru.


Bersedarhana cukuplah....itu yang penting.


peace ^^





p/s tengah pening kelapa ni nak letak harga hantaran
letak mahal sangatlambat kahwin la jawabnya



Saturday, November 26

Doa Akhir tahun dan Doa Awal Tahun



Assalammualaikum.


Esok bermula lah tahun baru 1Muharam 1433H.Kita akan melangkah ke tahun baru Hijrah.Semoga permulaan hijrah ini membawa sejuta rahmat pada kita semua.Dimurahkan rezeki dan diberkati segala amal.


Jangan lupa membaca Doa Akhir Tahun dan Doa Awal Tahun.Mari kita kongsikan bersama.


Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.

doa-akhir-tahun



Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.



doa-awal-tahun





Saya jogging jugak walaupun da kurus....


Assalammualaikum.

Hai semua 

Hari ni lepas bangun pagi saya tak tau nak buat ape.Nak pergi kerja lambat lagi.malam kang baru kerja.Siap-siap mandi semua terus pergi Taman Jaya Petaling pergi JOGGING.....

Tak pernah lagi pergi sorang2 nih...pergi jogging pun setahun sekali jek...hahaha hari ni buat tebiat sikit bukan buang tebiat ek...sebab ni tebiat yang bagus...pergi la jogging sorang2....3 round tasik cukup la semput dah....lagi pun tak yah beria-ria...memang da kurus pun ......asal keluar peluh tu oklah...





meh..meh...siapa yang tak de ape-ape nak buat kat rumah tu daripada buat taik mata lebih baik pergi jogging...bagus keluar peluh ni...yang demok-demok tu pun kalau nak kurus pun di alu-alukan...boleh pecahkan lemak-lemak tuh...^^

Yang best nya masa pergi jogging tadi nampak seorang makcik nih ikut husband die jogging...dengan baju kurung tu...cayalah makcik...tak pernah lagi orang buat macam tu.


peace ^_^







Wednesday, November 23

wordless wednesday # 5: Kerja...






p/s saya kerja ikut shif jadi cuti hari tak tentu.
kalau jatuh hari isnin syokkk leh krohhh...krohh.
sekian.



Tuesday, November 22

Tahniah Skuad Harimau Muda...Tahniah Malaysia...I Love Malaysia....


Assalammualaikum

hai semua...

Dah lama tak update....almaklong la tak sihat...tapi dalam tak sihat tu semalam layan jugak bola tengok pasukan Harimau Muda menentang Indonesia untuk merebut pingat emas.Katanya ini pingat yang sangat-sangat dinantikan. Ibu segala pingat.Apa yang ada kalau jadi juara Sukan Sea tapi kalah pingat emas dalam perlawanan bola?....kihkihkih

Tahniah untuk Skuad Harimau Muda di bawah pimpinan coach nya Ong Kim Swee.Ni la baru betul dikatakan harimau membaham garuda.kalau garuda nak baham harimau tak logik lerr kot...

Walau pun separuh masa pertama seri 1-1 tapi skuad harimau muda bertahan sehinggalah pada masa penentuan dan menang dengan penalti 4-3.

tahniah sekali lagi go Malaysia go go go....Aummm...



gembira mereka ni lepas gol terakhir...


p/s penyokong Malaysia walau pun minoriti di stadium bung karno
 tapi majoriti di Malaysia tak kiralah di kedai mamak...kedai mak...rumah...dan dimana2...cayalah...

tiba-tiba jadi patriotik pulak...elelele



Friday, November 18

Menyambut ulangtahun terindah

Assalammualaikum.

hai semua.

Semalam saya tengok rancangan semanis kurma dengan tajuk yang romantis "Ulangtahun Terindah".Tengok tak rancangan ni....tak tengok?? rugi lah...sebab ustazah dengan ustaz ada tip nak kongsi macammana nak sambut ulangtahun bagi yang bergelar suami isteri...tapi yang belum kawin macam saya pun boleh share tips ni....

Saya suka tengok celoteh ustazah yang tak henti-henti mulut die bercakap....teringat pulak rancangan Maharajalawak, kumpulan sepah sampai tiru gaya ustazah....ahh semputt....hahahah lawak betul.tapi bukan rancangan semanis kurma.....diubah "Manisnya kurma ini"...

Selain tengok celoteh ustazah saya suka tengok baju-baju die...sedondon je...kadang-kadang tu dah macam pengantin...ni lah kata orang pasangan suami isteri yang romantik....



Jom kita share antara tip-tip yang diberikan...yang saya ingat lah...hehehe

Ubahsuai rumah

Bila tiba hari istimewa ulangtahun perkhawinan ke hari lahir ke...si isteri rajin-rajin lah kemas rumah.Ubahsuai kedudukan perabot ke....hias bilik tidur luarbiasa sikit ke...mana tahu suami balik kerja penat-penat tu bila tengok rumah cantik je sejuk hati die....daripada die tak ingat hari tu tarikh ulangtahun terus die ingat ye dak....kita kadang suka merajuk kan bila lelaki tak ingat tarikh-tarikh penting ....tapi ape salahnya gunakan cara ni untuk ingatkan si dia.

Bunga/hadiah

Hantar bunga ke tempat kerja suami/isteri untuk beri kejutan atau juga hiasi rumah dengan haruman bungan-bungan untuk beri kesan romantik.Ada lebih bajet jangan lupa berikan hadiah tanda penghargaan,peringatan dan kasih pada pasangan.

Makanan istimewa

Tak kiralah suami atau isteri yang menyediakan makanan istimewa.Masak lain dari yang lain.kalau pening kepala ajak lah pergi dinner diluar di tempat-tempat yang romantik.

Kejutan sesuai ikut kreativiti

Mungkin ada sesetengah isteri yang tak pernah buat sesuatu contohnya sikat rambut atau minyakkan rambut suami ke seperti cerita ustazah pesan nabi pada anakandanya Fatimah minyakkan rambut saidina Ali.

Cuti2 Malaysia

Pergilah cuti-cuti Malaysia...dah macam promote pulak kan....pergi bercuti bersama-sama ala-ala honeymoon la.

Silent handphone

Yang ni contoh kata masa suami isteri yang pergi dinner ke bercuti ke silentkan handphone untuk mengelakkan gangguan mana tahu ade suami yang kerjanya mengalahkan Perdana Menteri handphone asik berbunyi je kan...spoil la...tengah-tengah dinner ada call la massage la....hormat pada pasangan....sebab kita meraikan hari istimewa jadi kalau ada gangguan macam tak best la kan...kan..kan..

Sujud syukur

lakukan sujud syukur tanda kita berterima kasih pada Allah kerana diberikan pasangan yang memahami kita... yang menjaga kita...menyanyangi kita dan berkongsi suka duka.Selain itu bagun tengah malam solat sunat bersama-sama.Kata ustazah suami bangun tengah malam dan mengejutkan isterinya untuk solat sunat bersama-sama atau sebaliknya akan dirahmati Allah.

Doa

Doa yang yang ustazah beri untuk kita kongsi adalah dari

surah ibrahim ayat 38

surah fathir ayat 34

amalkan doa ini untuk mengukuhkan hubungan suami isteri.

Bak kata ustazah

"Anda buat anda dapat"


peace


Thursday, November 17

Spontaneous Thursday # 2







Tangan bebas kuman dengan 7 langkah



Assalammualaikum dan selamat sejahtera.

Hai semua tengah buat ape...dah makan?...sebelum makan da basuh tangan ke?...yela tadi keluar toilet kan ntah-ntah lupe basuh tangan....iyerrkk...sedap makan tangan tak basuh..huhuhu...
Rasa-rasa kalau lah mata kita ni macam microskop boleh nampak semua makhluk-makhluk halus ni mesti kite geli kan........
silap haribulan tiap-tiap jam basuh tangan.Makhluk halus yang dimaksudkan bukan lah hantu,puntianak,jembalang tanah angin api air dan yang seangkatan dengannya tapi makhluk ni ha...ce tengok...ce tengok...



sumber: uncle gugel


Nama-nama diorang ni pun canggih manggih...kalau berkenan boleh buat nama anak....

E-coli.......................>> punca cirit-birit dan jangkitan saluran kencing
staphylococcus.........>> nak bisul pi ternak banyak-banyak
beta streptococci......>> sakit tekak
bacillus species.........>> agen pencemar biasa
clostridium................>>menyebabkan usus bengkak
influenza A...............>> pneumonia (jangkitan paru-paru)

Agak-agak kalau ternak diorang ni banyak-banyak jual laku tak....muahahahah.

buat rugi je tak balik modal...ternak lintah lagi best ye dak...

Makanya silalah bersihkan tangan-tangan anda yang halus mulus tu dari makhluk-makhluk halus ni.Cara yang mudah dengan tujuh langkah sahaja.Tak lama pun dalam 2-3 minit. 



klik sini

masa iklan basuh tangan kerap sangat keluar tv dulu.Tetibe jadi glamer kan.Masa tu heboh kes penyakit H1N1 dan influenza.Teringat la kat anak buah. Dia duduk depan sinki....apalah yang lame sangat dok cuci tangan....rupe-rupenya die ikut cara basuh tangan kat tv....umur pun baru la 4 tahun ....terjingkit-jingkit depan sinki...
Cara ni memang nampak leceh ....lama....kena gosok-gosok lagi...macam buang masa je kan...tapi faedah daripadanya tangan kita BERSIH....tak ada kuman...tambah pulak orang yang kerja kat hospital yang banyak terdedah dengan segala tok nenek kuman,bakteria,microorganisma segala bagai.

Budak-budak pun boleh faham masej yang nak disampaikan tapi orang dewasa buat-buat tak paham.


peace.




Tuesday, November 15

Edisi Khas 2011 - Jantan Bin Perkasa (Jangan Malu)


Mesej dari abang Jantan bin Perkasa


orang kata malu ni memang ade dalam setiap sifat manusia....tapi kalau malu sangat pun tak boleh jugak nanti orang menyampah kan...betul tak...






layan sampai lebam...

kalau kita malu nak mengurat awek 
sampai bila pun tak kawen

kalau kita malu belajar 
sampai bila pun bodoh

bak kata pepatah
makan lah jangan malu-malu
tapi kalau malu jangan makan-makan...
muahahahha.....



Sunday, November 13

Kepada wanita semua sila ambil perhatian....



Assalammualaikum semua.

Errmm....aa...errmm....ish..macam mane nak mulakan yek...ehem..ehem...
khas buat wanita semua sila....sila perhatikan dan buat pemeriksaan ke atas bukit-bukau dan gunung-ganang anda.Terutamanya pada struktur tanah, kaki bukit dan puncak bukit @ gunung sekiranya terdapat busut,kawah-kawah atau runtuhan tanah.Sekiranya anda tidak pasti akan perubahan yang berlaku anda boleh berjumpa dengan pakar supaya gunung anda tidak menjadi seperti gunung berapi....opss!!

termanggu-manggu....ter"pingu2"....tergaru-garu kepala yang tak gatal.Ape ni semua bukit!!...gunung!!...

oklah dalam medical tak perlu malu-malu pun benda ni common semua orang ade even lelaki cuma tak nampak bukit sangat la hehe...

Sebenarnya saya nak mengajak anda semua lakukan pemeriksaan sendiri payudara (PSP). Bukan mainan psp tu yek....

Apa itu PSP?

PSP adalah salah satu langkah awal mengesan kanser payudara.Semua wanita berusia 20 tahun ke atas perlu lakukan PSP setiap bulan sepanjang hayat.

Bila mesti melakukan PSP?

Sekiranya anda masih didatangi haid, PSP mesti dilakukan di antara hari ke 7 sehingga Ke 10 selepas bermulanya haid
Sekiranya haid anda tidak teratur atau telah putus haid PSP mesti dilakukan pada satu hari yang ditetapkan setiap bulan.Jadi pilih hari yang mudah untuk diingat contohnya hari pertama atau terakhir pada bulan tersebut.

Bagaimana melakukan PSP?

PSP dilakukan ketika berdiri atau berbaring





Berpandukan gambar diatas,

1) Tak semestinya time mandi just berdiri depan cermin dan start lakukan pemeriksaan.


2) Semasa berdiri di hadapan cermin perhatikan keadaan payudara dari segi  saiz,bentuk,kesamaan (simetri) dan paras kedua-dua puting paudara.Periksa dengan melakukan beberapa gerakan tangan dalam keadaan tangan disisi,kedua-dua tangan diangkat ke atas kepala dan bercekak pinggang.


3) Lakukan urutan sirkular atau bulatan dari bahagian atas payudara kemudian bergerak ke sekeliling payudara sehingga ke puting payudara.Jangan lupa periksa sekali bahagian bawah ketiak.Rasakan sebarang perubahan,ketulan dan sebagainya.Juga boleh lakukan urutan secara menegak dari atas ke bawah.


4) PSP dalam keadaan berbaring dengan melakukan pemeriksaan sama seperti dalam keadaan berdiri.


5) Picit dengan perlahan puting payudara dan lihat sekiranya terdapat perubahan sama ada keluar lelehan atau cairan yang luar biasa. 

Tanda-tanda amaran yang perlu diperhatikan semasa pemeriksaan.


  • Benjolan di payudara atau ketiak
  • Perubahan bentuk dan saiz payudara yang luarbiasa
  • Kerutan atau lekuk yang luar biasa pada payudara
  • Puting paudara tertarik ke dalam
  • Pendarahan atau lelahan luar biasa dari puting payudara

Jika diperhatikan saya ada "highlight" beberapa perkataan dengan warna merah..kenapa yek...

setiap bulan.....>> tak susah pun saya minta setiap bulan je maknanya sekali dalam sebulan bukan hari-hari bukan setiap jam...bukan setiap minit ...bukan setiap saat.sekejap je.tolong buat ye...please....

mesti..............>> dah macam wajib pulak kan..tapi kalau tak buat tak jatuh hukum ape pun...cuma jadikan rutin je dalam sebulan....please.... sambil buat muka kiut....wink*wink* hehehe....

Janganlah beri seribu alasan tak ada masa lah...tak tahu buat lah...malas lah...buang masa lah...jangan macam tu. Bila da terkena esok lusa menangis tak ade guna sebab kebanyakkan orang yang datang penyakit dah tahap serius.Tak alert.Tak perlu malu dan jangan takut.Dunia belum berakhir lagi sekiranya anda ditimpa musibah sebaliknya berusaha dan jangan berputus asa.

Saya sendiri lakukan kenapa tidak anda.....

Sekian.






Thursday, November 10

Spontaneous Thursday # 1






Roti sambal iblis!!! 

Iblis pun boleh buat sambal...

hati-hati membeli roti tengok dulu kandungan sebelum makan

dikhuatiri anda menjadi seperti iblis...miahahah








Wednesday, November 9

Bila lelaki bawa handbag


Adakah lelaki nampak romantik,caring,macho,cool....bla..bla..bla lagi bila membawa handbag girlfriend nya???....oh tidak...please lah......kenape saya cakap macam tu sebab bagi saya anda tak nampak macho pun...nampak auw..auw ade lah...lagi-lagi awak pakai sangkut kat bahu!!

memang tak dinafikan ade je yang tak segan... tak malu pun tolong bawa handbag girlfriend nye kan..kan..

Alasannya,

biarlah boyfriend aku romantik ...kau ade?
cian awek aku bawa berat-berat......
handbag besar...branded pulak tu bila lagi nak bawa....
biarlah kang kena ragut cian awek aku.....

***********

Jalan-jalan..time pergi dating tu tolong bawakan...esok-esok dah kawin beranak pinak nak tolong bawakan jugak ke....propa je.Sebelum kawin yela nak tunjuk caring romantik euuww..euuww.....

Tak pun masa pergi toilet yang "gegel" suruh "boboi" pegangkan sekejap beg tangan sementara tunggu....yang tak malu ok la kan..kan..ala sekejap je pun... yang malu haishh hilang macho...

Bercinta memang indah....
*****

tak pernah lagi saya tengok yang dah kawin bawakan handbag isterinya....sebab beg tangan perempuan akan bertukar seiring dengan usia.Tak percaya cuba tengok mak kita punya .... yang muda ni mungkin la beg comel dan cantik so tak malu sangat kan nak bawa.

bagi saya tak perlulah lelaki nak tolong bawakan atau disuruh bawakan...tapi kalau nak jugak suka hati la mak jemah oii...tak ade larangan pun...this is just my opinion...amboi speakang pulak...hehehehe

kalau nak bangkang pendapatan saya ni silakan...

peace....

sekian.


wordless wednesday # 4: hope









Sunday, November 6

Tak boleh update

error...error..virus detected....

halamak...macamne nak update ni....

ok tipu je...tujuan sebenarnya tak dapat nak update sebab jari jemari da melecur akibat excited sangat memasak...buka tutup periuk habis kena wap panas...nah amekaw...sakitnya.Pedih.Menangis jap.Rasa nak potong je jari nih


sapu colgate

ok sebenarnya ni tindakan biasa kita buat kat rumah kan kalau melecur tak kiralah kena air panas ke atau wap panas...cara ni sebenarnya tak digalakkan pun....tapi sesetengah orang kata letak ubat gigi ok kan sebab ada rase sejuk-sejuk.

tapi nape saya buat jugak sebab dah tak tahan sangatnye pun adoi...




ni keadaan selepas kena lecur...ok yang ni baru betul.Apa yang saya buat mula-mula apabila terkena air panas lalukan tangan atau bahagian anggota yang terkena tu pada air paip selama yang boleh.Kemudian saya rendam dengan air sejuk atau ais.

sekiranya keadaan lecur yang teruk selepas rawatan dirumah telah dilakukan segeralah ke klinik atau hospital yang berdekatan.

Macam saya ni tak teruk sangat.Boleh tahan lagi...tapi pedih jugak la ditambah lagi sebelum kena lecur tangan da pijar sebab potong cili.Nasib baik la tangan kiri kalau tangan kanan......tak hupdate la bertahun-tahun.

Moralnya berhati-hati la tak kira dimana anda berada bukan di jalan raya sahaja tapi di dapur jugak.

sekian.










Friday, November 4

Saya juga pemandu.


Ketika menaip entry ni saya da pun berada di rumah parent.sibuk dengan kerja kebelakangan ni akhirnya dapat lah berehat-rehat di rumah.Walau pun cuti tak dapat banyak tapi ok lah dari lansung tak dapat cuti.Lagi 2 hari nak sambut Raya Korban.Persiapan ala kadar je.

Alhamdulillah on the way nak balik tak hujan almaklong lah kebelakangan ni hujan je tiap-tiap hari.Kenderaan pun tak banyak mungkin ramai yang belum balik lagi.Anyway rasa geram dan sakit hati pulak bila memandu tadi...kenapalah ade pemandu yang suka menyusahkan orang lain.nak bawa laju tak ade halangan pun tapi biarlah awak pada laluan yang betul.nak potong ikut suke suki je.

Sudahlah saya ni jenis bawa kereta skema betul-betul la ikut hadlaju.Pemandu berhemah la konon.erkk..... muntah hijau!!.Bukan ape untuk keselamatan diri sendiri jugak.Bawa laju sangat sampai kereta nak terbang tu bukan saya la.Peduli la nak kata bawa slow ...>>tapi tak la slow sangat kene maki je nanti....skema la...ape la...kalau awak nak mati jangan libatkan nyawa orang ok.Nak potong ikut kanan bukan kiri..huh marah betul ni...

Itu satu hal...yang tak bagi signal pulak selambe badak je masuk kejap kiri kejap kanan.Lain kali sila jangan memandu kalau tak ada arah nak tuju.

Itu belum lagi yang asap hitam bekepul-kepul keluar.Mencacatkan pemandangan.Membataskan penglihatan.Mencemaran alam.

Patutlah kadar kemalangan setiap tahun meningkat sebab sikap pemandu yang pentingkan diri.Buatla segala kempen bagai, iklan, ops sikap semua tapi kalau da memang tak ade kesedaran tak guna jugak.Dah nama pun manusia.Ragam macam-macam.Perangai pun macam-macam.

Ape pun saya selalu ingat pesan mak bapa saya sebelum memandu check dulu kereta.Baca doa naik kenderaan,pakai seatbelt dan memandu dengan skemanya...berhati-hati.kbai.

Sekian.



Wednesday, November 2

Merokok itu sedap ke?


Assalammualaikum.


hai semua....


Setiap pesakit yang datang dengan penyakit seperti acute coronary syndrome,asthma,radang paru-paru,diabetis dan penyakit-penyakit lain pasti doktor akan bertanya merokok??...da berapa lama??...dah berhenti??...sejak bila berhenti??.lalu dicatatkan pada rekod pesakit.


Kenapa perlu ditanya soalan seperti tu ...apa kaitan rokok dengan penyakit.Well semua orang dah tahu dan jangan pura-pura tak tahu yang rokok itu punca penyumbang berlakunya pelbagai penyakit.Sebab apa....tengok la sendiri kandungan dalam sebatang rokok.


cat,acetic acid, pencuci lantai , racun dan yang lainnya....sedap ke semua ni...dah jadi sebatang rokok memang la tak rasa ape kan.Saya tahu ramai diluar sana yang merokok susah nak singkirkan tabiat ni...bukan tak tahu bahaya kan kesihatan....iklan pun da macam-macam tunjuk malah pada kotak rokok itu sendiri dah diletakkan gambar-gambar ngeri untuk bagi lebih kesedaran tapi sayangnya itu semua ditolak ketepi janji dapat lepas gian kan...



Memberi nasihat kesihatan pada pesakit bahaya merokok kadang-kadang rasa seperti mencurah air ke daun keladi.Lagi pun rata-rata dah besar panjang dan boleh berfikir.Dah dapat penyakit pun masih tak insaf lagi.

saya pernah bertanya pada seorang pesakit yang saya jaga... 
"Pakcik kenapa nampak gelisah je ...."
lalu pakcik pun jawab "ermm nak tidur pun tak lena...da seminggu tak merokok" 
"baguslah pakcik ni da seminggu tak merokok lepas ni sebulan lepas tu setahun lepas nun terus berenti kan bagus"
pakcik tu hilang kata-kata mungkin malas nak jawab balik kot.sampai tak lena tidur pakcik almaklong la dalam wad tak boleh merokok mau terbakar kang satu hospital.Sebab salur oksigen banyak pada dinding di wad. 

Rasenya kalau letak notis macam ni kat mana-mana tempat tak kira la dalam bus ke restoran,hospital,surau dan sebagainya agak-agak nak merokok tak???




telan sekali asapnya kenyang.tak payah makan nasi.jimat beras.


sekian.


tulis sikit lagi:

asap rokok juga bahaya.pencemaran bau dan alam sekitar.




wordless wednesday # 3: Rindu pada dua orang insan ni....






mak yang menelefon tapi abah yang mengingatkan untuk telefon.
hampir dua bulan tak balik rumah ibarat 2tahun lamanya.
maaflah abah mak....nani kerja susah dapat cuti.bukan tak nak balik.
nantikan kepulangan anakmu ini ye.....huhu crying (+_+) >>>macam jauh nau je kl-melaka.




Tuesday, November 1

November





Pejam celik...pejam celik...sekejap je da masuk bulan November bulan kesebelas.Permulaan tarikh yang cantik bagi bulan ni 1/11/11....buat tarikh nikah pun best jugak ni....Tapi sayang jatuh hari selasa....

Sekarang ni ramai yang tengah tercari-cari tarikh sesuai tak kisah la tunang ke ...nikah ke...silap-silap ada yang degil nak bersalin pada tarikh yang cantik ni....sape kata tak boleh buat...zaman sekarang ni macam-macam boleh...tapi kalau da nak bersalin jugak nasib la kan....Bulan November ni sangat la sesuai sebab banyak tarikh yang cantik...hari ni kalau tak sempat tak pe ade lagi....

11/11/11

20/11/2011


Perlu ke ada tarikh-tarikh yang cantik ni untuk tunang, nikah atau event sebagainya??

  • mestilah sebab bukan senang nak jumpa tarikh macam ni


  • ada value


  • senang nak ingat...tapi kalau lupe jugak tak tau la melainkan nyanyuk...miahahah


  • boleh masuk paper nanti sebab kawin ramai-ramai tak pun jadi wedding of the year macam tahun lepas macam die ni....tu pun kalau orang kenal....hehe






  • last sekali suke suki la nak buat tarikh macam ni kan...kan..kan...wink..wink..^^



p/s hari ni tak ada ape-ape yang menarik jadi 
pada saya tapi hati ni tak sabar-sabar 
nak balik jumpa parent dan yang best 
dapat balik cuti raya haji lepas 3tahun tak beraya fuhhh.....






LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...